Nora Danish Niat Khatam Al-Quran Lagi Di Bulan Ramadan, Kali Ini Dengan Pantauan Ustazah

Hiburan

Nora Danish Niat Khatam Al-Quran Lagi Di Bulan Ramadan, Kali Ini Dengan Pantauan Ustazah

Jika sebelum ini pelakon terkenal, Nora Danish telah berjaya khatam Al-Quran buat pertama kalinya pada bulan Ramadan tahun lalu, untuk tahun ini kata Nora dia telah menyimpan niat untuk melakukan perkara sama sepanjang bulan puasa pada tahun ini.

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Ujar Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif,39, bulan Ramadan adalah masa terbaik untuk dia mendekatkan diri dengan Allah S.W.T memandangkan jadual kerja yang lebih lapang dan tidak padat.

Menurut pelakon drama Bougainvillea ini lagi, Ramadan merupakan masa terbaik untuk menuntut ilmu agama walau buruk bagaimana sekalipun diri masing-masing sebagai seorang manusia.

View this post on Instagram

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Advertisement

“Masa bulan Ramadan inilah yang kami selebriti ada, selalu kami sibuk dengan kerja masing-masing. Tahun lepas saya berjaya khatam Al-Quran buat kali pertama dalam seumur hidup dan tahun ini saya berazam dapat ulang lagi benda sama untuk tahun ini.”

Dia yang ditemui ketika majlis pelancaran kempen amal Sebuah Kehidupan yang telah berlangsung di Ampang, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, pada tahun ini berniat untuk memanggil guru agama seperti ustazah untuk memantau cara bacaannya agar lebih tepat dan boleh dibaiki dengan lebih baik

Kata Nora, tahun sebelum ini dia hanya bergantung pada pen digital yang disediakan bersama naskah agung itu namun kali ini dia berhasrat untuk memanggil guru mengaji pula.

View this post on Instagram

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Nora dalam pada itu mengakui sering berdoa agar Allah S.W.T sentiasa membukakan pintu hatinya dalam usaha untuk menghabiskan bacaan Al-Quran dan dia juga telah menitiskan air mata apabila berjaya mencapai niat murninya itu.

“Suami pun menangis sebab dia tahu saya bersungguh-sungguh (nak khatam Al-Quran) tapi tidaklah sampai saya abaikan keluarga..” ujar Nora mengakhiri temubual bersama sebuah media baru-baru ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...