Nora Danish Nafi Tutup Kopi & XOXO Di Bangsar Kerana Masalah Dalaman

Hiburan

Nora Danish Nafi Tutup Kopi & XOXO Di Bangsar Kerana Masalah Dalaman

Baru-baru ini, kami ada dengar berita bahawa kafe Kopi & XOXO milik Nora Danish di Bangsar bakal ditutup.

Advertisement

Sudah melaburkan ratusan ribu ringgit untuk membuka kafe berkenaan, ramai yang tertanya adakah mereka mempunyai masalah dalaman sedangkan mendapat sambutan yang cukup baik khususnya daripada peminat Nora.

Namun, Nora menerusi portal Utusan Online menafikan perkara berkenaan dan masalah sebenar mereka lebih kepada lokasi kafe berkenaan. Dek kerana kadar sewa yang terlalu tinggi, mereka terpaksa menutup perniagaan mereka.

Walaubagaimanapun, buat peminat Kopi & XOXO anda tidak perlu risau kerana Nora telah membuka dua lagi cawangan iaitu di Bangi dan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).

Sebenarnya kami menumpang perniagaan butik Rumoda, jadi bila mereka tidak berada di sana lagi, sukar bagi kami untuk menampung perbelanjaan lokasi tersebut disebabkan nilai sewa yang agak tinggi. Dalam masa yang sama juga kami turut membuka sebuah kafe di TTDI dan Bangi, yang baharu saja beroperasi dalam waktu terdekat ini .

Boleh dikatakan Nora antara artis yang cukup aktif berniaga bukan? Malah, dalam masa terdekat beliau akan membuka sebuah butik yang terletak bersebelahan dengan kafe beliau di Bangi.

Rancak juga Nora Danish berniaga, strategi yang baik bila membuka butik dan kafe ditempat yang sama. Confirm lepas orang makan pasti akan masuk butik berkenaan bukan? Semoga Nora terus sukses dalam perniagaan yang beliau ceburi.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...