Beberapa hari ini, ada berita mengatakan Nora Danish sebenarnya sudah berkahwin secara senyap bersama Nedim Nazri.
Nora juga agak terkejut dan tidak pasti bagaimana khabar angin itu boleh timbul. Walaubagaimanapun, Nora memberitahu beliau memang mahu menamatkan zaman jandanya pada tahun ini.
Demi Allah saya masih belum berkahwin seperti didakwa namun perancangan ke arah itu memang ada, Insya-Allah dalam tahun ini juga.
Bagaimanapun saya tidak mahu mencanang lebih-lebih soal ini kerana ia masih dalam perancangan.
Pada masa yang sama Nora turut menafikan spekulasi bahawa permergian beliau ke Bali, Indonesia baru-baru ini kerana ingin meninjau lokasi pernikahan beliau.
Namun, Nora akui beliau dan Nedim ada mengimpikan untuk bernikah di Bali tetapi semua itu masih lagi dalam perancangan dan belum ada sebarang kata putus mengenainya.
Spekulasi tentang saya ke Bali untuk meninjau lokasi pernikahan juga tidak betul kerana saya ke sana atas urusan kerja bersama pihak Safi Rania.
Nedim ada menjenguk saya pada hari terakhir penggambaran klip video tersebut di Bali itu namun kehadirannya bukanlah untuk membawa saya meninjau lokasi perkahwinan kami.
Tetapi kami ada merancang untuk adakan majlis itu di Bali namun ia sekadar hasrat dan belum memutuskan apa-apa lagi.
Bali merupakan destinasi yang agak romantik untuk pasangan bernikah dan berbulan madu, kalau hendak buat sedikit kelainan apa salahnya? Apa-apa pun, harapnya Nora dan Nedim tidak terlalu berahsia mengenai perkahwinan mereka, iyalah dah lama juga Nora beritahu orang ramai beliau hendak berkahwin.