Nora Danish sememangnya memiliki pakej yang cukup sempurna sebagai seorang wanita. Cantik, ada kekasih sehebat Nedim Nazri dan banyak mendapat tawaran berlakon. Malah Nora Danish juga mempunyai perniagaan sendiri selain dilantik menjadi duta produk. Oleh kerana dilihat sentiasa sibuk dengan tawaran kerja dan perniagaan, ada desas-desus bertiup yang menyatakan Nora Danish antara artis wanita terkaya di Malaysia.
Tampil menerusi Harian Metro hari ini, Nora Danish menafikan dakwaan tersebut. Menurut Nora, kalau betul dia sudah kaya seperti yang didakwa, sudah tentu dirinya akan memilih filem tertentu saja untuk berlakon. Kata Nora Danish:-
Kalau betul saya sudah kaya, orang takkan nampak saya gigih bekerja. Menyara keluarga adalah tanggungjawab saya dan sebagai ibu, saya juga perlu berdikari mencari pendapatan sendiri terutama jika mahu bawa anak pergi bercuti
 Untuk makluman, walaupun anaknya hasil perkahwinan dengan Jejai ditanggung bekas suami, Nora Danish mempunyai ibu dan adik-beradik lain yang perlu ditanggung perbelanjaannya. Terharu Abang Nara. Apa pun, selagi masih banyak tawaran, selagi masih panas di pasaran, selagi boleh berniaga, selagi dapat tawaran jadi duta produk, selagi itulah pulun sehabis mungkin. Bab-bab populariti ini kita tak tahu pasang surutnya. Hari ini mungkin popular, tiba-tiba esok orang dah tak nak dah. Tak gitu?