Sejak bulan Disember lepas, kisah rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai yang kini dikatakan sedang bermasalah mula mencuri tumpuan ramai. Ini kerana pasangan ini kelihatan sungguh bahagia bersama apatah lagi dengan kehadiran dua cahaya mata yang menyerikan lagi hidup mereka.
Pelbagai spekulasi mula dibuat dan ada pihak yang mengatakan bekas isteri Jejai iaitu aktres Nora Danish adalah punca utama rumah tangga mereka mula retak.
Tidak mahu dikaitkan lagi dengan masalah berkenaan, Nora menerusi Utusan Online berkata beliau cuma mangsa keadaan dan terkejut apabila beliau dituduh sebegitu.
Tidak sepatutnya saya dilibatkan. Sebabnya tidak ada kena mengena dengan saya. Saya memang terkejut apabila isu ini timbul dan membabitkan nama saya pula. Tetapi apa boleh buat. Apa sekalipun tuduhan orang, saya sudah kuat untuk melaluinya.
Tambah Nora, peguam beliau telah memberikan nasihat agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu ini.
Selanjutnya, maaf saya tidak boleh komen banyak tentang soal rumah tangga mereka. Saya sudah diberitahu peguam untuk berdiam diri sahaja. Walau bagaimanapun, nantikan sahaja apa yang sudah dirancang oleh pihak saya dan ini akan melibatkan saluran undang- undang.
Apa sahaja persengketaan yang berlaku antara dua pelakon wanita ini kami harap ia dapat diselesaikan secara baik. Kami pun mendoakan agar rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai masih boleh diselamatkan.
Mungkin masing-masing ada buat silap kerana manusia tidak sempurna, tetapi jika perasaan cinta dan kasih sayang itu masih ada janganlah cepat mengalah.