April 19th, 2018

Siapa tidak sedih bila anak yang baru berusia lebih sebulan menjadi mangsa hinaan di media sosial. Itu juga yang dirasakan oleh pelakon Nora Danish apabila bayinya, Neqarl atau lebih dikenali sebagai Ney Ney dihina paras rupanya oleh Netizen.

Kopi Planet melaporkan, Nora mengakui bahawa dia menangis apabila bayinya menjadi bahan kutukan Netizen yang mempersoalkan dirinya tidak comel:

Saya juga manusia biasa bila tengok orang mengutuk fizikal diri saya, saya boleh terima. Tapi untuk anak saya yang baharu dilahirkan suci seperti kain putih pun mereka kutuk, sudah tentu saya menangis.

Semestinya saya berasa sangat emosi. Kalau terjadi pada orang di luar sana pun pasti mereka akan menangis. Benda (buli siber) ini harus dihentikan.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Walaupun suaminya, Nedim Nazri menasihatkannya agar kebalkan diri dari komen-komen negatif Netizen, Nora berasa bertaggungjawab untuk melakukan sesuatu bagi mendidik generasi baru agar tidak membabitkan diri dalam buli siber:

Suami saya selalu pesan kenapa perlu ambil serius (komen-komen negatif), dia kata sepatutnya saya dah tahu semua ini dan sebagai seorang selebriti memang kita kena kebal dengan benda-benda macam ini. Disebabkan itu saya bersemangat untuk menyertai kempen kesedaran ini agar ia dapat membuka mata masyarakat di luar sana.

Nora bersama selebriti-selebriti lain terpanggil untuk menyertai kempen ini bagi memberi kesedaran agar buli siber tidak terus berleluasa lebih-lebih lagi di kalangan generasi masa kini. Kami di sini untuk ‘mengajar’ mereka cara berhemah dan lebih bertanggungjawab di media sosial dalam meluahkan pendapat atau kata-kata agar tidak keterlaluan sehingga boleh mengaibkan orang lain.

Sebelum ini, seorang pengguna Twitter mempersoalkan mengapa bayi Nora dan Nedim tidak comel sedangkan ibu bapanya segak. Setelah menerima kecaman hebat Netizen, pengguna Twitter itu memadam tweet dan telah menghantar DM di Instagram untuk meminta maaf dari Nora.

Neqarl ialah anak lelaki Nora hasil perkahwinan dengan Nedim. Mereka masing-masing mempunyai anak lelaki hasil perkahwinan dengan pasangan sebelum ini. – beautifulnara.com


115 responses to “Nora Danish Menangis Paras Rupa Bayi Neqarl Dikutuk Netizen”

  1. Dina says:

    comel anak nora….Allah yg cipta..jgn hirau dgn kata2 negetif…sama anak kta lahir 22/2…sy dpt girl…jam 7.51mlm…smga anak kta bjya dunia dan akhirat…aamiin…

  2. faradeeb says:

    dah masa beranak tu tak baca bismillah main teran je smpai terkeluar anak dengan tercabut burit sekali melekat kat muka budak tu, memanglah buruk rupanya. muka burit. masa teran tu muka budak tolak burit dari dalam kan?? so keluar jadik topeng burit. sebab tu lah buruk. eee, geli aku tengok. nak termuntah.

  3. fishball says:

    lengkali sembunyikan anak sampai lah umur dia 18 tahun okay? bye

Loading...