Nora Danish Menangis Paras Rupa Bayi Neqarl Dikutuk Netizen

Nora Danish Menangis Paras Rupa Bayi Neqarl Dikutuk Netizen

Siapa tidak sedih bila anak yang baru berusia lebih sebulan menjadi mangsa hinaan di media sosial. Itu juga yang dirasakan oleh pelakon Nora Danish apabila bayinya, Neqarl atau lebih dikenali sebagai Ney Ney dihina paras rupanya oleh Netizen.

Kopi Planet melaporkan, Nora mengakui bahawa dia menangis apabila bayinya menjadi bahan kutukan Netizen yang mempersoalkan dirinya tidak comel:

Advertisement

Saya juga manusia biasa bila tengok orang mengutuk fizikal diri saya, saya boleh terima. Tapi untuk anak saya yang baharu dilahirkan suci seperti kain putih pun mereka kutuk, sudah tentu saya menangis.

Semestinya saya berasa sangat emosi. Kalau terjadi pada orang di luar sana pun pasti mereka akan menangis. Benda (buli siber) ini harus dihentikan.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Walaupun suaminya, Nedim Nazri menasihatkannya agar kebalkan diri dari komen-komen negatif Netizen, Nora berasa bertaggungjawab untuk melakukan sesuatu bagi mendidik generasi baru agar tidak membabitkan diri dalam buli siber:

Suami saya selalu pesan kenapa perlu ambil serius (komen-komen negatif), dia kata sepatutnya saya dah tahu semua ini dan sebagai seorang selebriti memang kita kena kebal dengan benda-benda macam ini. Disebabkan itu saya bersemangat untuk menyertai kempen kesedaran ini agar ia dapat membuka mata masyarakat di luar sana.

Nora bersama selebriti-selebriti lain terpanggil untuk menyertai kempen ini bagi memberi kesedaran agar buli siber tidak terus berleluasa lebih-lebih lagi di kalangan generasi masa kini. Kami di sini untuk ‘mengajar’ mereka cara berhemah dan lebih bertanggungjawab di media sosial dalam meluahkan pendapat atau kata-kata agar tidak keterlaluan sehingga boleh mengaibkan orang lain.

Sebelum ini, seorang pengguna Twitter mempersoalkan mengapa bayi Nora dan Nedim tidak comel sedangkan ibu bapanya segak. Setelah menerima kecaman hebat Netizen, pengguna Twitter itu memadam tweet dan telah menghantar DM di Instagram untuk meminta maaf dari Nora.

Neqarl ialah anak lelaki Nora hasil perkahwinan dengan Nedim. Mereka masing-masing mempunyai anak lelaki hasil perkahwinan dengan pasangan sebelum ini. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...