Written by AbangNara | July 14th, 2013

Ramadhan menjelma lagi. Pastinya di bulan baik, kesemua umat Islam berpusu-pusu melakukan ibadah di waktu malam selepas berpuasa di siang hari. Hanya di bulan Ramadhan surau-surau dan masjid-masjid dipenuhi dengan manusia yang ingin mengerjakan solat terawih.

nora danish terawih

Pelakon comel, Nora Danish yang turut dikenali dengan nama Song Ji Hyo Malaysia turut sama tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat Terawih. Memang terasa kemeriahannya apabila Nora berkongsi gambar-gambar dirinya dan keluarga bersama-sama mengerjakan amalan sunat ini.

nora danish terawih

Walaupun ada komen-komen negatif mengatakan yang kononnya Nora Danish ingin menunjuk-nunjuk dan tidak ikhlas menunaikan solat Terawih kerana berkongsi gambar, Abang Nara rasa Nora melakukan satu perkara yang betul. Dengan bilangan pengikut yang ramai di Instagram, mana tahu ada yang tergerak hati untuk mengerjakan terawih selepas melihat Nora berbuat demikian.

nora danish terawih

Ikhlas atau tidak, bukanlah tugas kita sebagai manusia untuk mengadilinya. Yang itu biarlah Dia sahaja yang mengetahui. Yang pasti, Nora Danish mengambil peluang di bulan Ramadhan untuk melakukan amalan yang dituntut. Tak gitu?

nora danish terawih

Semoga Nora Danish akan terus istiqamah menunaikan solat terawih sepanjang bulan Ramadhan ini. Lebih baik kalau turut sama bersedekah setiap malam ketika terawih untuk menambahkan lagi pahala. Apa pun, sama-samalah kita berdoa agar amalan kita akan diterima oleh Allah sepanjang bulan mulia ini. Amin.

P.S: Kia Picanto akan dilancarkan Oktober ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

80 responses to Nora Danish Kongsi Kemeriahan Berterawih Di Bulan Ramadhan

  1. Feeling tired says:

    x kisah la dia nk letak gambo pakai telekung ke.pakai purdah ke.pakai Jubah ke?

    yg penting…kepala hotak aku ni dah tersetting gambo lucah dia dgn si rusdi tu..rasa dah terlalu muak dgn artis yg letak gambo g mekah,berterawikh bersama tunang,bertelekung,

    ini semua POYo.
    sebb lepas posa ni letak pulak gambo dedah sana sini,lompat sana sini,duck face sana sini.
    sungguh memualkan ok.

  2. Haha says:

    Comelnya Rayqal.. Anak ND dgn jejai, ikut muka ND. Tp anak FS dgn jejai, ikut muka Jejai… Hihi. Kalau ikut muka FS pun msti nampak mamak2.. Cam india la plak. Nasib baik gak ikut muka jejai hehe.

  3. fizzo says:

    Anonymous 2.30pm

    kenapa kaitkan Fasha, tak baik cakap keling keling macamtu.
    macam manalah awak nak minta maaf dgn Fasha atas kenyataan awak tu…

  4. Yoyo says:

    Natang ape tu song ji hyo??

  5. jurai jemarai says:

    Lebih baik kalau apa jua kebaikan yg kita buat hanya ALLAH SWT sahaja yg tahu.

  6. mek on says:

    tak salah untuk menunjukk kita buat ibadah dengn harapan orang lain pun ikut, tapi dinasihatkan supaya merahsiakan segala amalan baik kita kerana takut perasaan riya’ akan timbul. itu ja. riya’ itu syirik kecik. so hati2 ya semua :D

  7. Anonymous says:

    tang mane sama ngan song ji hyo tu??
    *song ji hyo is better than Nora Danish*

  8. […] Nora Danish Kongsi Kemeriahan Berterawih Di Bulan Ramadhan (78) […]