Nora Danish Kembali Bersama Dengan Nedim?

Hiburan

Nora Danish Kembali Bersama Dengan Nedim?

Pelakon Nora Danish tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya telah kembali rujuk dengan bekas suami, Nedim Nazri.

Nora, atau nama penuhnya Nora Mohd. Danish Hanif, 42, menjelaskan kemungkinan salah faham itu timbul berikutan hubungan baik dan keakraban yang masih terjalin antara mereka meskipun tidak lagi bergelar suami isteri.

Advertisement

Ini pertama kali saya dengar dakwaan mengatakan saya sudah rujuk. Ingin saya maklumkan di sini, perkara itu tidak benar. Saya menyangkal dakwaan tersebut.

Mungkin keakraban antara kami yang buatkan orang keliru atau salah faham. Dia memang betul-betul ‘soulmate’ saya. Kami memang tak boleh bersama tapi kami faham sesama sendiri.

Tambahnya, tiada perancangan dalam masa terdekat untuk mereka kembali bersama. Sebaliknya, Nora lebih selesa jika hubungan mereka kekal dalam keadaan harmoni, apatah lagi mereka pernah hidup bersama selama lebih sedekad.

Situasi kami adalah pernah hidup bersama dan memahami sesama sendiri dan itu sahaja, tidak lebih dari itu. Memang tiada langsung ura-ura rujuk, cuma kami selesa dengan keadaan hubungan kami ini.

Ketika ditanya soal jodoh, pelakon drama Puteri itu mengakui dirinya tidak menutup pintu hati untuk berkahwin lagi, namun buat masa ini dia memilih untuk fokus mengenali diri dan mendekatkan diri kepada Allah.

Saya memang dalam fasa untuk mengenali diri dan mendekatkan diri dengan Allah. Dalam fasa itu, memang saya banyak mendekati juga golongan ustaz, habib, maulana untuk saya mengisi ruang hati saya yang kosong ini.

Kalau ada yang mahu mendekati saya untuk berkahwin, memang ada. Cuma saya ada letakkan batasan bahawa saya masih belum bersedia untuk berkahwin. Fokus saya sekarang ini adalah untuk mengenali diri saya sahaja.

Nora Danish bercerai dengan Nedim Nazri pada Jun lalu selepas tujuh tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, 6. Sebelum itu, beliau pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram (Jejai) dan dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum berpisah pada 2008.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

 

11 hours ago

Netizen Nasihat Tak Perlu Berahsia Lagi, Teruja Syed Saddiq Panggil Bella Astillah 'Sayang' - "Dah Biasa Panggil Tu!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...