Kecantikan Nora Danish memang tidak dapat disangkal lagi, meskipun bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata, wajah dan tubuhnya persis anak dara.
Bagaimanapun agak kecoh diperkatakan baru-baru ini apabila ada netizen mendakwa Nora kantoi ‘edit’ gambar secara keterlaluan untuk kempiskan perut dan tampil langsing.
Menerusi laman Twitter, seorang individu memuat naik perbezaan foto Nora sebelum dan selepas disunting. Memang nampak bezanya, jelas kelihatan perut aktres itu sedikit buncit.
Foto sebelum dan selepas
Respon netizen
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, suntingan Nora itu keterlaluan sehingga ada bahagian yang nampak senget.
“Perempuan lain pun sama. Biasalah nak upload gambar mesti cari yang elok”
Namun, ada sesetengan netizen berkata ianya adalah normal untuk menyunting dan memilih gambar yang elok dan cantik sebelum dimuat naik ke media sosial.
Biasalah, bukan Nora sahaja tetapi ramai lagi orang lain yang pasti akan ‘edit’ foto agar kelihatan lebih cantik dan meletup. Barulah dapat pujian kan? Tidak perlu kritik Nora, korang pun sama. Heh..