Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nora Danish Harap Perkahwinan Kedua Kekal

Baru-baru ini kad jemputan perkahwinan Nora Danish bersama kekasih hatinya, Nedim Nazri sudah tersebar di Internet. Pasangan ini akhirnya akan berkahwin pada 30 Mac ini dengan tema tradisional dan hanya diadakan secara sederhana dengan kehadiran ahli keluarga serta rakan rapat mereka.

Advertisement

Nora berharap perkahwinannya bersama Nedim akan berkekalan sehingga jannah.

Seperti saya katakan sebelum ini, ia akan berlangsung dengan penuh sederhana dan ringkas. Doakan yang baik untuk saya, ya.

Kalau boleh, kali ini saya tidak mahu bertunang pun, wang hantaran juga takkan ada. Cukup buat yang wajib, iaitu nikah saja.

Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada tahun 2006 sebelum berpisah sekitar tahun 2008. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli yang kini berusia 8 tahun.

Advertisement

Nedim juga merupakan seorang duda anak satu selepas bercerai dengan bekas isterinya, Nabila Khan pada tahun 2013 dan mempunyai seorang anak lelaki, Mohamed Nedrin ataupun mesra dengan panggilan Dre.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top