Ibu mana yang tidak gembira melihat zuriat kelahirannya kini bagai mula membesar menjadi cerdik dan pintar, malah sudah menunjukkan ciri-ciri seorang anak yang bijak pada usia yang masih mentah.
Perasaan itulah yang dapat digambarkan oleh pasangan sensasi pelakon Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri apabila anak mereka yang diberi nama Mohamed Neqayl sudah boleh menghafal sifir melalui perkongsian video di Instagram masing-masing.
“Syukur Alhamdulillah Ya Allah for blessing NeNo with this little Neqayl.”
“Kenapa pandai sangat anak mommy dan daddy ni.”
Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen kedua-dua posting berkenaan, rata-rata peminat anak selebriti itu mula menzahirkan rasa teruja melihat perkembangan kanak-kanak itu yang semakin bijak dalam pelajaran.
Malah, tidak ketinggalan, rakan-rakan artis juga turut memuji kebijaksanaan Neqayl yang dipaparkan menerusi video pendek yang dikongsi ibu bapanya di laman berkenaan.
Sekadar informasi, Nora yang sering kali digelar “Hot Mama Malaysia” telah selamat bergelar isteri kepada Nedim pada 30 Mac 2017. Hasil perkahwinan itu, pasangan yang sentiasa mencuri perhatian netizen ini dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.