April 25th, 2012

Tanggal 27 April ini bakal berlangsung majlis pernikahan Fasha Sandha dan Jejai di satu tempat yang dirahsiakan. Tentunya ramai tertanya-tanya apakah perasaan Nora Danish selaku bekas isteri Jejai. Nora Danish yang ditemui oleh wartawan portal GUA mengakui yang dia tidak menerima kad jemputan dan bakal menunaikan umrah ketika majlis tersebut berlangsung.

nora danish

Walaupun tidak dapat hadir, Nora Danish tetap mendoakan agar majlis tersebut dapat dinikmati oleh bakal pengantin. Kata Nora:-

Nora tak dapat kad jemputan, tapi mungkin kerana mereka tahu Nora nak pergi ke umrah agaknya. Nora akan berangkat ke Mekah pada pagi Jumaat ini dan bakal berada di sana selama 13 hari. Bagi Nora, tak ada isu pun mereka tak menjemput Nora. Malah, Nora rasa lebih baik Nora tak ke majlis itu pun sebab nanti jika Nora pergi, takut akan jadi bahan cerita dan tajuk lain pula. Bagi Nora, biarlah mereka menikmati keindahan majlis itu bersama.

Apabila ditanya sama ada anaknya dan Jejai iaitu Putera Rayqal Ramli akan hadir dan boleh menerima Fasha Sandha sebagai ibunya, Nora Danish berkata:-

Saya tak tahu anak akan pergi atau tidak, terpulang, sebab bila saya pergi umrah, anak saya akan berada di bawah jagaan keluarga Jejai. Mengenai hubungan Fasha dengan anak saya pula, biarlah dia menggelarkan dirinya ‘aunty’ saja kerana bagi saya, ibu biarlah seorang.

Dan Nora sempat membuat sedikit lawak ketika memberikan ucapan selamat pengantin baru kepada Fasha dan Jejai.

Nora ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Fasha, tapi Jejai tak berapa nak barulah. Setelah apa yang terjadi selama ini, akhirnya jodoh mereka tak ke mana. Nora harap perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat.

Abang Nara respek serespek respeknya dengan ketenangan dan kematangan Nora Danish menjawab soalan-soalan daripada wartawan. Kredit berita sepenuhnya kepada portal GUA.


283 responses to “Nora Danish Doakan Kebahagian Jejai Dan Fasha”

  1. datok_t says:

    haha..ayat kaberr line..go fasha go..best woman win k…

  2. miraedora says:

    xpe la ND, apa yang awak buat tu betul sgt, xkisah la org nak jemput ke x, kdg2 hati manusia nie kita tak tahu, buat la umrah tu elok2, xpyh fikir pasal org lain, hope dorang tu bahagia la eh, lepas nie hrp2 xde lagi kontroversi yang melibatkan ND dan FS! to FS, lepas kawin jgn dok buat perangai xsenonoh! jaga lak elok2..

  3. ? says:

    jodoh ditangan tuhan….doakan aje yg terbaik..moga jejai n fasha berbahagia..teringat aku cam kisah prince charles vs princess diana vs camela parker…

  4. lady J says:

    n apa yg aku xphm pengomen kat cni lgsg xpk qada’ & qadar… mmg la FS perampas tp benda 2 da lm berlalu, dorang da nk kwen kot….Allah Maha Mengetahui setiap apa yg berlaku pd hambanya…. jodoh jejai n ND takat 2 jer… takdir dorang bersama x lama, mayb ND ada jodoh laen di dunia & di akhirat nt…

    “teringat kat kawan aku, boyfren die terpaksa tggalkan die sbb fmly da carikan jodoh untuk boyfren die… n boyfren die plak jjur mengaku dpn die yg die kena xsggup nk kecewakan fmly, tp kwn aku cool jer, ckit pon xmarah n kecewa..die ckp ada hikmah d sebalik apa yg berlaku, die sgt2 percayakan takdir Allah.. n dorang still berkawan smpi skang wlopn da ptus sbg couple tp dorang xputus sbg sahabat.. itulah die ketentuan Allah SWT…

  5. lady J says:

    walaupon bg kad 2 xluak, tp better xpyh jemput sbb spt 1 sindiran, b4 this, mcm2 masalah yg berlaku antara dorang bertiga, jd lg xpyh jemput, tkut ada pihak yg terguris (sama ada FS or ND)…jwpn ND mmg matang… kalau kita sndiri skalipon xmgkin akan pergi ke majlis perampas laki kita, rasanya tgk kad jemputan pon da meluat.. n cube pk lau ex-husband n perampas jemput kita, mst rs 1 sindiran maut sbb sblm ni pon dorang xpena berbaik… lau dorang baek dan RELA laki diambil lain crita…

Loading...