Bukan sahaja mempuyai wajah yang jelita tetapi karakter Nora Danish yang comel dan tampil bersahaja ketika mengacarakan program MeleTOP semalam menggantikan tempat Neelofa mendapat pujian serta maklum balas yang positif daripada netizen.
Rata-rata netizen begitu menyenangi cara Nora yang agak santai serta tidak terlalu kelam-kabut mengendalikan program itu sehingga ada yang mahu beliau dikekalkan sebagai pengacara MeleTOP.
Pada pendapat kami, Nora dan Neelofa mempunyai cara dan aura masing-masing dalam pengacaraan. Namun, tidak kami nafikan isteri kepada Nedim Nazri ini cukup versatil dan tidak terlalu nampak kekok ataupun gugup mengacarakan program yang disiarkan secara langsung itu. Tahniah Nora!