November 3rd, 2015

Selepas membuka perniagaan makanan bersama rakan-rakan beliau kini Nora Danish telah melangkah setapak lagi dalam bidang itu apabila melancarkan koleksi jubah dan tudung dengan jenama beliau sendiri Owl by Nora Danish.

Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung dengan cukup gah lagi pada malam semalam. Namun, bukan majlis itu yang menjadi perhatian ramai tetapi gaya Nora berpakaian yang dikatakan persis seorang rahib.

Malah penampilan beliau di atas pentas ketika membawa seekor burung hantu sebagai simbolik kepada  jenama tudung serta jubah beliau juga turut dikritik.

Rata-rata peminat Nora kurang setuju dengan gimik tersebut dan menyifatkan Nora sengaja ingin mempromosikan lambang Iluminati.

Erm.. kalau tengok foto dari tepi memang persis rahib tetapi mungkin juga Nora Danish tidak sedar bahawa tudung beliau itu tidak kena dengan jubah yang dipakai. Apa-apapun, harap lepas ini lebih berhati-hati dan peka dengan setiap gaya yang anda tampilkan.


Comments are closed.

Loading...