Pelakon popular, Nora Danish tampil menepis khabar angin yang mendakwa dirinya kembali menjalinkan hubungan dengan bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai.
Spekulasi tersebut tercetus selepas tular beberapa hantaran di media sosial yang mendakwa mereka kembali rapat, apatah lagi selepas masing-masing masih belum berkahwin semula sejak bercerai lebih sedekad lalu.
Namun, Nora menegaskan bahawa hubungan mereka hanyalah atas dasar menghormati satu sama lain demi anak mereka, Putra Rayqal.
Siapa agaknya yang sebar gosip sebegini, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saya dikaitkan dengan Jejai. Hubungan kami tiada yang ‘extra’ dan masih sama seperti dulu.
Nora mengakui tidak hairan jika gosip seperti ini timbul kerana status mereka berdua yang masih solo.
Tak pelik digosipkan kerana dua-dua belum berkahwin.
Pelakon drama Puteri itu ditemui ketika menghadiri satu acara fesyen dan turut menjelaskan bahawa fokus utamanya kini adalah terhadap anak, keluarga dan kerjaya. Beliau juga enggan terlalu memikirkan pandangan luar, sebaliknya mahu terus menjalani kehidupan secara tenang dan matang.
Untuk rekod, Nora dan Jejai pernah berkahwin pada tahun 2006 namun bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rayqal, yang kini sudah mencecah usia remaja.
Hubungan baik yang dikekalkan antara Nora dan Jejai sejak bercerai turut menjadi inspirasi kepada ramai pasangan selebriti lain, terutamanya dalam soal menjaga kebajikan anak selepas penceraian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.