Wow. Terkejut Abang Nara membaca tragedi yang telah dilalui oleh Nora Danish dan rakan-rakannya di Lego Hotel. Memang sangat berbahaya. Nasib baiklah tak jadi apa-apa. Memang cuak kalau terperangkap dalam lif rosak dan bantuan yang dimohon tiba lambat. Lebih-lebih lagi apabila ada rakan-rakan yang mengandung dan menghidap asma.
Saspen juga membaca apa yang diceritakan oleh Nora Danish di Instagramnya. Semoga dengan liputan meluas yang diterima ini akan menyebabkan pihak Lego Hotel mengambil tindakan drastik untuk menambahbaik mutu perkhidmatan mereka. Tulis Nora Danish:-
I was at Lego Land with my family earlier today n decided to stay for a night at Lego Hotel, JB. The rooms? Mmg cantik. Tetapi paling teruk pernah saya pergi. Here’s the story. My sister @danishnadya , my pregnant friend @zaremazainal and ned’s bodyguard @gg_brutale was stuck inside the lift for an hour!!!! Dan selama setengah jam tiada siapa yg bgtaw kami. Selama 10 minutes my sister nadya yg berada dalam lift itu tekan button merah baru ada orang jawab. Can u imagine??? They went for a break katanya dan tiada ganti yg jaga n monitor? Mereka kata dah banyak kali terjadi kes sebegini! Perkara ini tidak boleh dibuat mainan kerana dibuatkan org didalam itu sesak nafas? Budak kecil? Orang tua? Dah la lift dia bising dgn lagu dan juga lampu berkelip. Mmg pening la sesiapa yg stuck dalam lift, bila suruh hentikan lagu dan lampu kerana risau akan memeningkan my pregnant fren n my sister yg asthma itu, mereka kata tidak boleh. Bodoh! Lego Hotel adalah Hotel paling bahaya dan paling teruk pernah saya pergi. Bayangkan kalau ada kebakaran mmg tiada siapa yg datang selamatkan. Semua lembab. #justsharing
Seperti biasa kenyataan Nora Danish diputarbelit oleh sesetengah pihak sehingga memaksa pelakon comel ini mengeluarkan kenyataan di atas. Nora Danish hanya kecewa dengan Lego Hotel bukannya dengan Legoland. Untuk makluman, pihak pengurusan Lego Hotel telah pun meminta maaf secara peribadi kepada Nora Danish dan rakan-rakannya atas tragedi ini. Kejadian tersebut berlaku disebabkan masalah teknikal yang melibatkan lif terbabit, yang dikatakan berhenti berfungsi di antara dua tingkat bangunan hotel itu. Pengarah Hotel, turut ada bersama Nora dan keluarganya untuk memastikan semua keperluan dipenuhi.
Semoga kes ini menjadi pengajaran bukan sahaja kepada Lego Hotel tetapi kesemua hotel di Malaysia. Ciri-ciri keselamatan harus ditekankan untuk keselesaan pengguna lebih-lebih lagi ketika keadaan kecemasan. Kongsikan pengalaman anda di mana-mana hotel sekiranya ada yang menarik untuk kita baca.