July 1st, 2014

Nora Danish memang terkenal sebagai seorang wanita yang mempunyai ‘sense of fashion’. Fesyen yang dikenakan oleh Nora Danish memang bergaya, elegan dan sedap mata memandang. Untuk Aidilfitri tahun ini, Nora Danish telah bekerjasama dengan FashionValet dan melancarkan koleksi pakaiannya yang bertemakan ‘monochrome’. Cantik sangat-sangat.
nora danish fashion valet

Dengan harga bermula RM180 sehingga RM250, koleksi Aidilfitri Nora Danish ini didatangkan dalam 8 jenis rekaan dengan saiz bermula XS sehingga XL. Kesemuanya ada tarikan, keunikan dan keanggunannya sendiri. Paling penting, idea rekaan kesemua koleksi Aidilfitri adalah hasil buah tangan Nora Danish sendiri. Hebat kan?

nora danish fashion valet

Sudah pun mula dijual hari ini, inilah masa untuk anda tambah lagi koleksi baju yang mahu dipakai di pagi Syawal kelak. Silalah ke FashionValet sekarang juga untuk menjamu mata anda dengan koleksi-koleksi pakaian Aidilfitri rekaan Nora Danish. Wife Abang Nara tunggu badan kurus sikit lagi confirm akan beli 2,3 pasang punya. Hehehe. Selamat membeli-belah.


Comments are closed.

Loading...