Nora Danish sebelum ini telah memberitahu bahawa beliau bakal menamatkan zaman bujang bersama cinta hatinya Nedim Nazri, namun beliau tidak mendedahkan sebarang perkara mengenai persiapan perkahwinan beliau ataupun hal lain berkaitan majlis raja seharinya itu.
Namun, menerusi portal Harian Metro, Nora memberitahu beliau bakal berkahwin selepas Aidilfitri nanti.
Sejak kembali solo beberapa tahun dulu, itulah yang menjadi teka-teki dalam kalangan peminat. Memang awal dulu ia membuat saya tertekan, tetapi apabila sudah bertahun-tahun ditanya soalan sama, ia jadi perkara biasa buat saya.
Terlanjur berkongsi perancangan berumah tangga dengan Nedim sebelum ini, apapun, kami belum menetapkan bila perkahwinan itu akan diadakan. Tetapi, yang pasti ia akan berlangsung tahun ini juga.
Buat Nora, benda baik seperti ini tidak perlu ditangguh lama-lama dan kerana itu beliau hanya mengimpikan sebuah majlis yang kecil serta sederhana.
Ia memang benda baik yang tidak perlu ditangguh-tangguh lagi. Atas dasar itu, saya sendiri cuma mahukan majlis sederhana dan tidak mahu buat gah. Apa yang saya harapkan, majlis itu nanti berlangsung dengan lancar dan dihadiri orang tersayang bagi berkongsi detik indah itu.
Baguslah kalau hendak kahwin cepat-cepat agar dapat mengelak fitnah dan menjadi bahan kritikan ramai. Harapnya segala persiapan perkahwinan Nora Danish dan Nedim berjalan dengan lancar. Kalau perasan, wajah mereka hampir seiras bukan? Kata orang dah memang jodoh dan berkekalanlah hendaknya.