Pelakon jelita, Nora Danish ada menyampaikan pesanan buat wanita yang suka ‘membawang’ agar memperbanyakkan sedekah dan istighfar.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Nora ada menulis kenyataan berbaur nasihat di mana dia memetik pesanan Rasulullah untuk sentiasa melakukan amalan baik agar tidak muflis akhirat.
Untuk wanita terutamanya, Nabi berpesan bahawa kita perlu perbanyakkan istighfar dan bersedekah.
Dan bila bersedekah niat kan, ‘Ya Allah sedekah ini aku khususkan kepada mereka yang aku zalimi, mereka yang berhak ke atas diriku’.
Katanya, amalan itu perlu dilakukan khusunya mereka yang gemar mengata atau mengumpat orang lain.
Kalau kita nak minta maaf pada setiap orang yang kita umpat memang tak logik lah kan? Lagi-lagi, mereka itu kita tak pernah berjumpa pun. Jadi, amalkan sedekah ini dan sentiasa bertaubat.
Supaya tak muflis akhirat kerana dah menjadi kebiasaan kita suka ‘membawang’.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat bersetuju dengan nasihat Nora Danish itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.