Gara-gara memuat naik foto ketika perayaan Krismas beberapa hari lalu, pelakon Nora Danish dikritik teruk oleh netizen tanpa sebarang usul periksa.
Ada yang mempersoalkan mengapa Nora sebagai seorang Muslim harus menyambut Krismas dan seakan mengagung-agungkan tradisi agama Kristian.
Tidak mudah melatah, Nora membalas kritikan tersebut dengan tenang. Jelas Nora, beliau hanya sekadar menjemput kawan-kawannya untuk jamuan makan malam dan sambutan hari jadi.
Itulah, jangan mudah membuat tuduhan tanpa sebarang usul periksa nanti diri sendiri yang malu. Sebelum kita hendak mempersoalkan seseorang, adakah diri kita ini sudah cukup alim dan sempurna? Kita tidak berhak untuk menentukan dosa serta pahala orang lain.

sheillaabdul
December 28, 2018 at 4:07 pm
org close minded mmg mcm tu.try la dtg sarawak or sabah.sapa2 pun boleh celebrate christmas.tak kan murtad pun ooiiiii.1msia what.
Melody
December 28, 2018 at 9:36 am
Begini la mentality sesetengah orang sikit-sikit sentap. Kami di Sabah, semua perayaan, semua kaum tetap turut serta datang. Sy seorang Christian, kawan-kawan Muslim banyak tapi tidak pernah timbul isi sebegini di Sabah. Kawan-kawan jemput datang Hari Raya, kami sekeluarga akan datang. Begitu juga masa Christmas, kami open house, rakan-rakan Muslim datang pergi rumah. Soal agama ini sensitif bagi sesetengah orang. Jika kita hormat agama lain, mereka juga akan hormat kita. Jangan kecam saya. Peace no war ?
Anonymous
December 28, 2018 at 10:41 am
setuju… hormati semua perayaan…
mereka atas tu tgh pipi merah sentap.. bagai lempang diri sendiri…. every yr mkn orange CNY.. cari open house sana sini time festival.. makanan india pun bedal… g bercuti pun bergmbr dgn tokong kuil tp… tp kutuk pokok krismas.. otak mental kan…
hormati perayaan lain pun jd tanda keluar akidah itu lah mereka kt atas tu jenis manusia bongok ckp tak serupa bikin… kurang kefahaman agama tp nk pungpang2
Anonymous
December 28, 2018 at 11:36 am
anon 27th time 4.35pm dh siap ckp oooi..sebelum ko…
prihatin
December 27, 2018 at 7:33 pm
kalau nk tgk artis yg btul2 sambut christmas gi tgk IG Jeslina Hashim. Terang2 sambut christmas. ramai lg artis melayu yg islam sambut christmas sebenarnya…setakat makan2 tu smua org pn buat.
Anonymous
December 27, 2018 at 9:13 pm
Makan pun sama la kalau ada unsur2 xmas tu. Knp hari lain ko x upload pulak ko makan..
Anonymous
December 27, 2018 at 7:25 pm
Mazhab apa ni…semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama serta memelihara lidah-lidah kita daripada berdusta di atas nama Nabi SAW dan agama. Amin.
Amat Bersimpati
December 27, 2018 at 5:26 pm
Aduhh ramai yang sambut dan akui ada tuhan lain selain Allah dan siap berdeko tu. Moga ada jalan keluar dari kegelapan dan hati yg gelita itu. Kasihan sungguh!