Penyanyi dan janda kepada Allahyarham Johan Nawawi, Nora Ariffin, tampil menjelaskan tindakannya menuntut royalti bagi lagu hit arwah suaminya, Sinaran, bukan kerana merosakkan suasana sebelum konsert Sheila Majid, tetapi berdepan isu penahanan bayaran dari penerbit lagu.
Mempertahankan tindakan tersebut, Nora menegaskan beliau sangat menghormati Sheila Majid dan isu royalti itu tiada kaitan langsung dengan persiapan konsert Sheila yang akan berlangsung September ini.
Secara jujurnya saya sangat menghormati Sheila dan isu royalti ini tiada kaitan dengan dia… Isu ini pun sebenarnya dah lama, tiada niat pun nak jadi ‘joykiller’ konsert dia.
Nora mendedahkan bahawa tujuh syarikat penerbit termasuk Warner Chappell, EMI, Sony Music dan lain-lain telah membisu dan gagal menerangkan kenapa royalti masih belum disalurkan meskipun sudah empat tahun berlalu sejak tuntutan pertama dibuat.
“Kalau tak mampu atau tak nak buat kerja dengan telus, jangan jadi publisher,” katanya tegas mengingatkan pihak yang bertanggungjawab.
Mengikut laporan tambahan, Nora turut menuntut royalti bagi lebih 200 lagu ciptaan arwah Johan Nawawi, sebagai tanggungjawabnya terhadap warisan anak-anak dan waris lain.
Saya tak kisahlah royalti banyak atau sikit tapi nak tahu laporan penuh sebab ini bukan untuk saya sebaliknya saya perjuangkan demi hak anak-anak.
Anak sulungnya, Syakir Iman, turut mengingatkan bahawa pihak keluarga sudah memberi tempoh selama tiga tahun kepada syarikat penerbit untuk memberi penjelasan. Sekiranya tiada penyelesaian, tindakan undang-undang akan dipertimbangkan.
Dengan kehadiran media dan MACP, Nora Ariffin terus mendesak agar royalti dibayar segera demi keadilan kepada semua pihak yang layak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.