Nora Ariffin Tekad Mohon Cerai, Perkahwinan Tak Dapat Diteruskan Dengan Aman – “Atas Faktor Keterdesakan & Kebaikan Semua Pihak…”

Hiburan

Nora Ariffin Tekad Mohon Cerai, Perkahwinan Tak Dapat Diteruskan Dengan Aman – “Atas Faktor Keterdesakan & Kebaikan Semua Pihak…”

Penyanyi Nora Ariffin memaklumkan dia bakal membuat permohonan cerai terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli, 59, Isnin ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Kata penyanyi berusia 53 tahun itu, keputusan tersebut diambil untuk kebaikan semua pihak selepas bermacam usaha untuk memperbaiki kemelut rumah tangganya menemui jalan buntu.

Advertisement

Tidak dinafikan bahawa segala usaha untuk memulihkan rumah tangga kami sudah melalui pelbagai peringkat termasuklah sesi pertemuan dan perbincangan bersama pihak-pihak tetapi masih tidak mencapai kata penyelesaian.

Nora Ariffin dan Dr Rushdi

Tambah Nora, kemelut itu menjejaskan keselamatan serta merosakkan reputasinya sebagai seorang artis yang sudah lama dalam industri seni.

Dengan dukacita, saya bertekad membuat keputusan untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Dr Rushdi. Hal ini berikutan wujudnya campur tangan pihak ketiga sehingga perkahwinan kami tidak lagi dapat diteruskan dengan aman.

Nora Ariffin dan Dr Rushdi

Jelas Nora, dia terjejas dari aspek keselamatan sehingga membawa kepada pengabaian dan memaklumkan bakal memfailkan permohonan cerai tersebut pada jam 10.30 pagi bersama perguamnya.

Kenyataan ini secara terbuka dan penuh hormat kepadavsemua pihak yang terbabit. Atas faktor keterdesakan dan kebaikan semua pihak, saya tetap bersama keputusan saya bagi meneruskan tindakan perceraian ini.

"Saya Tak Ingin Buat Sebarang Kenyataan Lanjut, Namun.." - Suami Nora Ariffin Dakwa Difitnah Isteri Pertama
4 weeks ago

"Saya Tak Ingin Buat Sebarang Kenyataan Lanjut, Namun.." - Suami Nora Ariffin Dakwa Difitnah Isteri Pertama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...