Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nora Ariffin Nafi Kritik Dan Pertikaikan Nur Fazura Sebagai Juri Program Nyanyian

Baru-baru ini pelakon yang juga aktif menceburi bidang nyanyian sejak kebelakangan ini, Nur Fazura telah dipilih untuk menjadi juri dalam sebuah program nyanyian. Perkara itu mendapat perhatian penyanyi lagenda Nora Ariffin yang didakwa netizen seakan mengkritik dan mempertikaikan kemampuan Fazura sebagai juri.

Advertisement

Selang beberapa jam sele­pas itu, Fazura pula menulis di laman Facebook miliknya mempertikaikan pandangan yang disuarakan Nora dengan menulis: “Seseorang hantar ini kepada saya. Apoooo?”

Walaubagaimanapun, Nora memberitahu beliau tidak mempunyai niat sebegitu dan memberikan pendapat sebagai “otai” didalam industri hiburan tempatan.

Saya tak faham kenapa pen­­dapat saya sering dijadikan isu, terutama kalau dimuat naik di Facebook atau Instagram sedangkan ramai lagi artis lain yang tweet pasal macam-macam dan lebih pe­das, tetapi tiada orang peduli pun. Itu yang ingin saya tanya. Cukup-cukuplah nak hentam saya. Sudah 25 tahun saya dalam industri muzik.

Memang tak ada maksud apa-apa pun. Itu pendapat spontan masa tengok televisyen. Tapi orang suka jadikan isu. Maaf, saya malas nak layan orang yang tak cerdik ni mereka ini negatif.

Menurut Nora, beliau tidak kisah dengan kecaman yang diterima kerana ia datang daripada orang luar sedangkan pengikutnya di laman sosial Facebook memberikan reaksi yang agak positif.

Advertisement

Kadang-kadang status di Facebook boleh mengundang pelbagai tafsiran, bergantung pada pemikiran mereka yang membacanya. Fikir negatif, memang Nora tidak maksudkan apa-apa. Heh..

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top