Penyanyi, Datuk Nora Ariffin dilaporkan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor kerana sesak nafas.
Perkara itu turut disahkan suami Nora, Dr Rushdi Ramli yang kemudiannya dikongsi kembali penyanyi Aishah di Instagram miliknya untuk makluman peminat.
Nora masuk ICU hospital KPJ Kajang kerana sesak nafas. Mohon doa ikhlas dari semua.
Rushdi dalam mesej berkenaan turut memohon doa daripada orang ramai agar isterinya itu dikurniakan kesembuhan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
BACA: