Nora Ariffin Dan Anak Tiri Saling Berbalas IG Story – “Nak Suami Kahwin Lain Secara Sah & Halal Atau Ada Hubungan Songsang?

Hiburan

Nora Ariffin Dan Anak Tiri Saling Berbalas IG Story –  “Nak Suami Kahwin Lain Secara Sah & Halal Atau Ada Hubungan Songsang?

Kemelut rumah tangga penyanyi tersohor Nora Ariffin kembali hangat apabila beliau dan anak tirinya dilihat seolah-olah saling berbalas kenyataan di IG Stories.

Semuanya tercetus selepas Nora memuat naik beberapa hantaran yang dilihat seperti menyindir pihak tertentu, dipercayai berkaitan prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.

Advertisement

Nora Ariffin

Salah satu kenyataan Nora yang menarik perhatian berbunyi:

So sekarang ini cuba renung dan fikir sendiri. Anda nak suami kahwin lain secara sah & halal atau suami ada hubungan songsang?

Walaupun tidak menyebut nama, warganet mula membuat spekulasi bahawa kenyataan itu ditujukan kepada individu rapat dalam konflik rumah tangganya.

Dalam hantaran seterusnya, Nora menegaskan bahawa punca keretakan rumah tangganya melibatkan ‘pihak tertentu’ yang dikatakan berani mengecam di media sosial tetapi tidak hadir ke mahkamah.

Budak zaman sekarang… berani caci di media sosial saja. Tapi bila dipanggil ke mahkamah, tak berani, takut, macam-macam alasan.

Tidak berani hadir dan bersemuka dalam sesi hakam. Takut kerana salah! Period!

Nada tegas itu membuatkan ramai tertanya-tanya siapa yang dimaksudkan Nora.

Namun, tinjauan di IG Stories anak tirinya menampilkan versi berbeza. Menurutnya, dia bukan sengaja tidak hadir ke mahkamah.

Anak tiri

Dia mendakwa sudah memaklumkan lebih awal bahawa dirinya berada di Terengganu, dan pihak hakam sendiri mencadangkan sesi dilakukan melalui panggilan WhatsApp kerana komitmen dan jarak.

Anak tiri Nora itu juga menegaskan dia tidak pernah menolak poligami, sekali gus menafikan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rebecca nur al islam
2025-12-01 11:50:15

"Mana Saya Boleh Halang, Itu Ayah Mereka" - Rebecca Nur Al-Islam Kongsi Keadaan Selepas Bergelar Ibu Tunggal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...