Nor Salwani Dianggap Wira Negara Bongkar Kebenaran Salah Laku 1MDB

Trending

Nor Salwani Dianggap Wira Negara Bongkar Kebenaran Salah Laku 1MDB

Nor Salwani Muhammad adalah seorang wanita yang tular baru-baru ini di media sosial kerana keberanian yang ditunjukkan oleh beliau secara rahsia membongkar kebenaran di sebalik salah laku 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perkara ini berikutan prosiding perbicaraan kes Laporan Audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy di Mahkamah Tinggi pada 20 November yang lalu.
Nor Salwani
Pengarah Audit di Jabatan Audit Negara (JAN) Nor Salwani Muhammad, 52, memberi keterangan kepada mahkamah bahawa dia telah meletakkan satu alat rakaman di dalam kotak pensel milik bekas pengarah prestasi audit Saadatul Nafisah Bashir Ahmad tanpa pengetahuannya.Pengarah tadbir

Nor Salwani yang juga merupakan Pengarah Tadbir Urus Jabatan Audit Negara telah dilantik sebagai Koordinator Pasukan Pengauditan Khas 1MDB pada 9 Mac 2015 yang lalu.

Advertisement

Beliau turut mengesahkan sebanyak 60 buah Laporan Akhir Audit 1MDB telah dicetak pada 20 Februari 2016.

Sebagai seorang penyelaras yang menyediakan laporan audit 1MDB, Nor Salwani dilarang untuk menyertai mesyuarat tersebut dan disebabkan itu beliau mengambil risiko dengan meletakkan alat rakaman tersebut di dalam bekas pensil milik pengarah prestasi.

mesyurat 1MDB

Isi rakaman mesyuarat tersebut jelas mengejutkan Nor Salwani. Antara perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut adalah untuk menggugurkan laporan audit 1MDB.

Sebenarnya tindakan Nor Salwani telah melanggar Akta Rahsia Kerajaan 1972, di mana jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan penjara selama 7 tahun kerana membocorkan rahsia kerajaan.
Salwani berani

Walau bagaimanapun, sikap dan keberanian Nor Salwani telah menarik perhatian serta pujian daripada warganet yang mana rata-rata daripada mereka mengangkatnya sebagai hero.

Nor Salwani dianggap sebagai hero negara dan wira kerana melaksanakan tugas dengan penuh amanah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...