Nor Salwani Muhammad adalah seorang wanita yang tular baru-baru ini di media sosial kerana keberanian yang ditunjukkan oleh beliau secara rahsia membongkar kebenaran di sebalik salah laku 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


Nor Salwani yang juga merupakan Pengarah Tadbir Urus Jabatan Audit Negara telah dilantik sebagai Koordinator Pasukan Pengauditan Khas 1MDB pada 9 Mac 2015 yang lalu.
Beliau turut mengesahkan sebanyak 60 buah Laporan Akhir Audit 1MDB telah dicetak pada 20 Februari 2016.
Sebagai seorang penyelaras yang menyediakan laporan audit 1MDB, Nor Salwani dilarang untuk menyertai mesyuarat tersebut dan disebabkan itu beliau mengambil risiko dengan meletakkan alat rakaman tersebut di dalam bekas pensil milik pengarah prestasi.
Isi rakaman mesyuarat tersebut jelas mengejutkan Nor Salwani. Antara perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut adalah untuk menggugurkan laporan audit 1MDB.
Sebenarnya tindakan Nor Salwani telah melanggar Akta Rahsia Kerajaan 1972, di mana jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan penjara selama 7 tahun kerana membocorkan rahsia kerajaan.
Walau bagaimanapun, sikap dan keberanian Nor Salwani telah menarik perhatian serta pujian daripada warganet yang mana rata-rata daripada mereka mengangkatnya sebagai hero.
Nor Salwani, a hero pic.twitter.com/YiOme2APL4
— Shamaine Othman ?? (@shamaineothman) November 22, 2019
Nor Salwani Muhammad. Remember this name. https://t.co/BKRwFH6eKi pic.twitter.com/c2PifiRNIP
— KNB (@nizambakeri) November 21, 2019
Nor Salwani Muhammad: What you did is beyond the call of duty. What you did is the call of conscience.
— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) November 21, 2019
Nor Salwani dianggap sebagai hero negara dan wira kerana melaksanakan tugas dengan penuh amanah.