Noorkumalasari Risau Anita Sarawak Tidak Dapat Dihubungi

Hiburan

Noorkumalasari Risau Anita Sarawak Tidak Dapat Dihubungi

Tercetus rasa khuatir dan bimbang didalam hati adik kepada penyanyi terkenal Anita Sarawak iaitu Noorkumalasari apabila kakaknya itu sudah tidak menghubunginya selama dua bulan lamanya.

Advertisement

Memetik laporan portal Singapura, The New Paper, kali terakhir Noorkumalasari menghubungi Anita ialah sekitar Mac lalu. Namun panggilan itu tidak berjawab dan Anita gagal dihubungi.

Menurut Noorkumalasari, kakaknya itu akan menghubungi beliau pada setiap kali hari lahir beliau yang jatuh pada bulan April. Bagaimanapun, kali ini beliau tidak menerima sebarang panggilan telefon daripada Anita.

Saya akui bimbang tetapi saya berharap dan berdoa agar dia berada dalam keadaan sihat dan baik. Mungkin dia sibuk melancong atau menguruskan perkara lain.

Itu 40 peratus yang saya rasakan. 60 peratus lagi jujur saya katakan ada terdetik perasaan mungkin dia sedang sakit kerana ini kali pertama kami tidak bercakap dalam masa yang begitu lama.

Beberapa usaha telah dilakukan oleh rakan karib Anita sendiri untuk menjejak beliau di Amerika Syarikat dan berkunjung ke rumahnya tetapi mereka juga gagal mengetahui keadaan beliau sekarang.

Sehingga kini misteri kehilangan Anita masih lagi menjadi tanda tanya. Ada khabar angin yang menyatakan beliau sudah bercerai dengan suaminya, Mohamad Mahathir Abdullah . Susulan perpisahan tersebut, Anita dikatakan telah membawa diri ke Las Vegas, Amerika Syarikat dan beberapa peminat mendakwa pernah melihat penyanyi tersebut sudah berhijab kini.

Dari pengetahuan saya, khabar angin itu tak betul. Atas sebab itulah saya menghubunginya agar dia boleh perjelaskan perkara sebenarnya. Nak kata dia takut saya bertanya akan hal itu, mustahil. Ini kerana kami adik beradik dan kami sangat rapat, kami saling nasihat-menasihati sekiranya ada masalah.

Kami pasti ramai rakyat Malaysia yang merindukan Anita Sarawak dan risau apa sebenarnya terjadi kepada beliau yang membawa diri secara senyap tanpa sebarang jejak. Tiada apa yang dapat kami lakukan selain berdoa agar Kak Nita baik-baik sahaja dan agar dibuka pintu hatinya satu hari nanti untuk kembali ke tanah air.

Sumber Berita: Berita Harian

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...