Noorkhiriah Terkejut Pengikut Di Instagram Ugut Mahu Hantar Santau Kepadanya

Hiburan

Noorkhiriah Terkejut Pengikut Di Instagram Ugut Mahu Hantar Santau Kepadanya

Mendedahkan dirinya menerima ugutan menerusi kiriman mesej langsung (DM) di Instagramnya, pelakon Noorkhiriah akui terkejut apabila wujud seorang individu tidak dikenali tampil mengugut untuk mengupah bomoh dan mahu menghantar santau kepadanya.

Advertisement

Perkara itu dimuat naik olehnya menerusi sebuah posting di laman Instagram.

Kredit – Gempak

“Kau ingat ni, kau tunggu bila-bila masa. Aku boleh upah bomoh untuk santau kau. Ni bukan benda main-main aku serius.”

Seakan tidak mengetahui motif sebenar, Noorkhiriah khabarnya turut memetik akaun Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Apa salah akak? Akak tak kenal kau dik. Tapi akak boleh tertengok IG Story kau tadi. Sempatlah akak snap gambar kau dik. Dengan artis famous tu. Tapi tak payahlah akak post kat sini. Akak simpan yer.”

Namun begitu, entri berkenaan telah pun dipadam olehnya semalam.

Untuk rekod, akaun tersebut dikatakan akaun palsu yang sama digunakan untuk menghantar mesej ugutan kepada pelakon Syafie Naswip awal minggu ini.

Dedah pelakon itu, beliau juga tidak ketinggalan diugut untuk disantau oleh individu terbabit.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...