Pelakon hebat, Noorkhiriah menerusi Instagram memuat naik hantaran tentang komen yang mendakwa dirinya sudah meninggal dunia.
“Arwah Khiriah”
Menerusi Instagram, Khiriah berkongsi tangkap layar komen seorang individu yang menggunakan nama ‘Princess Sabella’ di mana dia telah menulis komen mengatakan aktres itu telah meninggal dunia.
Moga Amyza kekal istiqomah berhijab. Macam arwah Khiriah, minat korang sangat sangat. Al Fatihah buat arwah Khiriah.
Terhibur dengan komen itu, aktres berusia 45 tahun tersebut menerusi kapsyen menulis dia masih hidup dan tidak sangat ‘di arwah kan’ hanya kerana lima hari tidak mengemas kini akaun media sosialnya.
Khiriah turut mengingatkan netizen untuk memaafkan individu tersebut dan anggap sahaja dia tersalah tulis namun hantaran itu mendapat perhatian ramai termasuklah rakan artis.
Akak hidup lagi dik. Baru 5 hari tak post apa apa, dah ko arwah kan akak. Niat dia baik. Confident level dia tinggi. Huruf besar pula tu ARWAH KHIRIAH. Besar juga harapan akak dengan umur yang tinggal ni akak tak sia2kan lagi. Takpe jangan marah andai dia silap tulis. Dah memang itu akan jadi kenyataan nanti.
View this post on Instagram
Rakan artis pun pernah ‘di arwah kan’
Beberapa rakan artis memberikan respon dan berseloroh dengan komen ‘Princess Sabella’ itu malah Zarina Zainuddin turut berkata dia pernah didakwa sudah meninggal dunia beberapa kali.
Akak pun dah 3 kali dorang arwahkan. Sabar jela, panjang umurmu dik.