Noorkhiriah Dedah Terima Makian Setiap Hari Daripada Individu Tak Dikenali

Hiburan

Noorkhiriah Dedah Terima Makian Setiap Hari Daripada Individu Tak Dikenali

Tegas mendedahkan kepada umum bahawa dirinya sering menerima mesej berbaur negatif seperti dihujani kata-kata kesat daripada individu yang tidak dikenali di Instagram, pelakon Noorkhiriah akhirnya tampil membongkar kisah itu di laman tersebut.

Noorkhiriah Dedah Terima Makian Setiap Hari Daripada Individu Tak Dikenali

Advertisement

Menurutnya, beliau langsung tidak mengetahui motif sebenar individu yang menggunakan nama samaran sebagai P.Ramlee apabila mengirimkan mesej tersebut setiap hari kepadanya.

“Akak tak marah, cuma sila take note. Tolonglah jaga jari daripada berterusan buat dosa. Maaf, akak tak tutup nama dia. Sebab mamat ini macam sakit mental ke apa ke tak pasti. Tapi hari-hari hantar maki.”

Noorkhiriah Dedah Terima Makian Setiap Hari Daripada Individu Tak Dikenali

Dalam entri berkenaan, Khiriah turut berkongsi paparan tangkap layar mesej yang diterimanya yang memanggilnya dengan nama ‘b*bi’. Katanya, kemungkinan besar individu tersebut sengaja mahu mencuri perhatiannya untuk meraih pengikut.

“Marah pun tak guna cuma apalah yang terbuku di hati mamat ni agaknya. Rajin betul hari-hari hantar maki kepada akak. Mungkin nak pengikut kot. Sesiapa rajin pergi follow ya.”

Noorkhiriah Dedah Terima Makian Setiap Hari Daripada Individu Tak Dikenali

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, turut kelihatan pengacara Fiza Sabjahan juga tidak ketinggalan tampil mengaku dirinya juga menjadi mangsa dan  menerima gangguan yang sama daripada pemilik akaun tersebut.

“Saya pun dapat yang sama daripada orang yang sama kak.”

Bagaimanapun, tampil profesional, Khiriah difahamkan tetap memaafkan individu tersebut atas perbuatannya itu. Malah turut menasihatkan individu tersebut agar sentiasa bersopan santun dan beradab apabila berkomunikasi dengan orang lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...