Pelakon Noorkhiriah kini tampil memberi amaran kepada peniaga yang mahu menggunakan khidmatnya untuk ‘paid review’ agar tidak memberikan foto seksi sehingga mampu menjatuhkan maruah dan martabat seorang wanita.
Dedahnya, beliau akan menolak andai produk yang menggunakan aset wanita untuk melariskan produk.
Perkara itu dikongsi sendiri oleh Khiriah menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.
https://www.instagram.com/p/CGARRrDnoGR/?igshid=1i1wvazduybgc
“Lagi satu kalau boleh founder nak lariskan produk jangan sampai menjatuhkan maruah wanita. Contoh banyak dah sekarang, seperti tegang dan besar segala (bentuk badan). Mana mahu pakai krim terus besar kalau acuannya memang kecil.”
Tambah pelakon yang popular menerusi drama Nur itu lagi, sesuatu produk itu pari akan laris dan mendapat tempat di hati pelanggan andai ia berkualiti dan berkesan.
“Kalau produk bagus, pakai kelambu pun orang beli. Hati-hati dengan tipu daya dunia.”
Bagaimanapun, seakan tidak mahu perkara itu menerima sebarang kata-kata daripada warganet, Noorkhiriah tampil menutup ruangan komen di entri tersebut.
Terdahulu, Noorkhiriah menerima khidmat ‘paid review’ produk yang kebanyakannya makanan sahaja.