Noor Nabila Terbuka Mengenai Kekasih Baru, Respon Neelofa Jadi Tumpuan – “Sudah Tentu Saya..”

Hiburan

Noor Nabila Terbuka Mengenai Kekasih Baru, Respon Neelofa Jadi Tumpuan – “Sudah Tentu Saya..”

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa, meluahkan rasa gembira apabila melihat kakaknya, Noor Nabila, yang kini berada dalam fasa bahagia mengenali seorang jejaka.

Ketika ditemui OhBulan!, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, berharap agar hubungan yang sedang dibina kakaknya itu membawa kebahagiaan, diberkati dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Advertisement

“Saya sebagai adik semestinya nak kakak saya gembira dan mahukan yang terbaik untuk dia. Kita nak perkahwinan dan rumah tangga dia diberkati, berkekalan dan yang baik-baik sahaja,” katanya.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada malam final program Mualim Muda yang berlangsung di Seri Kembangan pada Jumaat.

Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut mendoakan agar hubungan berkenaan membawa kebaikan buat kakaknya, selain berharap pengalaman lalu menjadi pengajaran berharga.

“Doakan Hubungan Kami Berkekalan” – Noor Nabila Perkenal Kekasih Hati, Pilih Jejaka 10 Tahun Lebih Muda

“Saya pun tak tahu dia sudah kongsikan tentang perkara ini. Kita sama-sama doakanlah sebab dia pun sudah lalui macam-macam perkara. Semoga apa-apa yang sudah dia pelajari, boleh digunakan dalam perhubungannya kali ini. Semoga doa-doa kalian semua membawa kebaikan,” ujarnya.

Sebelum ini, Noor Nabila mencuri perhatian warganet selepas memuat naik hantaran bersama seorang lelaki dikenali sebagai Mr AA di Instagram Story. Nabila mengakui tertarik dengan jejaka berkenaan bukan sahaja kerana kehandalannya memasak, malah beberapa ciri lain yang membuatkan lelaki itu istimewa di matanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nora Danish nedim
2026-02-06 14:24:57

"Saya Tak Nak Masuk Campur, Cuma Boleh Saya Katakan.." - Nora Danish Doakan Kebahagiaan Nedim Nazri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...