Teka-teki mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad akhirnya terjawab apabila isterinya, Noor Nabila mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu.
Bagaimanapun, buat masa ini Nabila enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, meminta agar dia dan keluarga diberikan ruang untuk melalui proses berkenaan dengan tenang.
Seperti khabar angin yang bertebaran, saya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad. Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah.
Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang. Doakan kesejahteraan saya dan anak saya.
Kisah rumah tangga pasangan ini mula menjadi bualan hangat sejak beberapa hari lalu apabila Nabila berkongsi foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta di Instagram Story.
Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Dila
September 3, 2019 at 10:57 am
Semuga Azad & Iera Syazira terus bahagia hingga jannah
Anonymous
September 3, 2019 at 4:07 am
Org kelate tak bleh kawen dgn org penang… byk dh contoh gagal..
ratu
September 3, 2019 at 9:18 am
kwn i pn klantan, kawen dgn mamat penang, pastu ceraii..x serasi katenyeeeee sorg getik, sorg haukkkk.
insan
September 2, 2019 at 4:35 pm
Kenapa lah senang sangat bercerai.
Kalau di sini, kena counsel, duduk bincang, beri masa, berbaiki diri etc, makan setahun baru betul2 tak boleh terus lepas.
rumahtangga semua ada gelokan masing2, jgn ikut nafsu kerana melibatkan anak. Mentaility anak masih perlu kan pihak masing masing.