Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Noni AF5 Nafi Jalin Hubungan Dengan Fauzi Nawawi

Pelakon Fauzi Nawawi mendidik ramai pelakon baru dalam bidang lakonan, namun baru-baru ini dia dikatakan menjalin hubungan dengan Noni AF5, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin.

Hari ini Harian Metro melaporkan yang Noni mendakwa ianya sekadar hubungan profesional.

Advertisement

Hubungan kami rapat atas dasar kerja dan tidak lebih daripada itu. Saya juga ‘anak didik’ Fauzi kerana dia banyak membimbing saya dan memberi pelbagai tip dalam bidang lakonan.

Bukan saya saja, malah ramai lagi artis lain yang menimba ilmu lakonan dengannnya seperti Ika Nabella, Reen Rahim, Agnes Wong dan ramai lagi, tapi mengapa saya pula yang digosipkan dengannya?

Menurut Noni, dia mula mengenali Fauzi ketika menyertai program Jelajah Festival Filem Malaysia tahun ini, dan pada masa itu Fauzi turut ditemani isterinya, Lisdawati. Fauzi memberitahunya yang dia ada pakej yang lengkap untuk menjadi pelakon dan menawarkan Noni untuk berlakon dalam drama arahannya.

Tambah Noni lagi Fauzi seorang yang tegas ketika bekerja kerana inginkan hasil terbaik untuk drama, dan Noni turut menyifatkan dirinya bertuah kerana dapat menimba ilmu melalui pelakon hebat seperti Fauzi.

Manakala dia juga turut rapat dengan Lisdawati yang dianggap seperti kakak. Dia berharap dirinya tidak akan dikaitkan mempunyai hubungan dengan Fauzi lagi kerana tidak mahu mengguris hati keluarganya.

Baguslah Noni kerana awal-awal menyatakan pendirian sebegini, kalau perkara tidak benar tidak ada apa yang perlu ditakutkan dan nyatakan saja ‘tidak’, bukan? Mudah saja.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top