Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nongkrong, Filem Komedi Seram Penuh Mesej

Kalau salah seorang pelakon sesebuah filem itu adalah Shaheizy Sam, Abang Nara pasti tak akan pernah termiss menonton filem tersebut. Mutu lakonan yang ditampilkan oleh Shaheizy Sam sentiasa top class. Dan kali ini, Shaheizy Sam beraksi di dalam sebuah filem komedi seram terbaru yang bertajuk Nongkrong.

nongkrong

Advertisement

Akan memulakan tayangan pada 10 Mei ini (Khamis), Nongkrong bukanlah sebuah filem komedi seram yang biasa tanpa mesej. Namun perkara pertama yang anda perlu tahu ialah filem ini bukannya sambungan filem Ngangkung. Yang pasti, Abang Nara jamin gelak tawa sehingga boleh memecahkan usus kerana gabungan Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak dan Epy Raja Lawak sememangnya ada chemistry yang tersendiri.

Sambil korang bergelak tawa melihat filem Nongkrong nanti, jangan lupa ambil mesej yang ada di dalam filem ini. Setiap manusia memang nak berjaya dan jadi kaya dengan cepat, tapi kalau gunakan jalan yang tak diberkati, memang banyak masalah akan timbul. Yang penting usaha kena gigih, jujur dan ikhlas di dalam segala perbuatan kita. Tak gitu?

fyza

Dan anda pasti akan teruja dengan lakonan seorang pelakon baru iaitu Fyza Kadir. Fyza bergandingan dengan Mon Ryanti dan Liana Rafiai memegang watak 3 Puteri Paya Bakau. Abang Nara respek betul dengan make up artist ketiga-tiga pelakon ini. Muka 3 pelakon yang cun melecun ini terus ditransformnya sampai tak boleh dikenali langsung.

nongkrong

Dan jangan lupa, sempena dengan filem Nongkrong ini, ada peraduan yang sedang dijalan di Facebook David Teo. Pelbagai hadiah menarik seperti iPod Touch, Sony Walkman dan banyak lagi untuk dimenangi. Tunggu apa lagi? Sila ke Facebook David Teo untuk menyertai peraduan Nongkrong sekarang jugak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

56 Comments

  1. cik tipah

    May 9, 2012 at 10:22 am

    david teo kena cepat2 minta maaf untuk jernihkan keadaan.
    meminta maaf dan memberi kemaafan jalan yg terbaik=)

  2. cikjoyah

    May 8, 2012 at 6:49 pm

    jngn pandang belakang, jgn pandang belakang congkak, jgn pandang2,congkak, ngangkong, ngangkrong, tahape2 punye title lah!

  3. gup

    May 8, 2012 at 6:34 pm

    aku rasa filem2 zaman p ramlee lagi bermutu dan best. walaupun time tu takda teknologi canggih cam sekarang. filem2 sekarang terutama filem david teoh, bila dah terlalu banyak dah takda kualiti. filem buat asal boleh, janji siap. sedih

  4. siti khadijah

    May 8, 2012 at 3:59 pm

    cite ni lawak santai yang cuba nak tonjolkan kehidupan orang yang main nombor ekor. memang banyak part yang boleh buat kite gelak pecah perut. saya pegi tengok preview die semalam. bagi saya takde buang masa kalo kite gi tengok kat panggung nanti. kite mesti ade time2 yang nak hiburkan diri dengan cite2 komedi bagi buang tensen. mmg sesuai sangat cite ni. selain tu memang ade masej yang dipaparkan dan ending die pon happy je. ofcourse la leh buat kite happy sekali. nway mula2 pon da buat sy keras perut tahan gelak. papepun atas pendapat masing2. but guys i do love this movie. jangan kritis sangat. kalau ase tak menarik jangan layan atau kutuk lebih2. peace. nongkrong 4 bintang

  5. Anonymous

    May 8, 2012 at 11:43 am

    cer tgk blakang fyza kadir tu cam ada pocong jek.. hahahaha~

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama