May 7th, 2012

Kalau salah seorang pelakon sesebuah filem itu adalah Shaheizy Sam, Abang Nara pasti tak akan pernah termiss menonton filem tersebut. Mutu lakonan yang ditampilkan oleh Shaheizy Sam sentiasa top class. Dan kali ini, Shaheizy Sam beraksi di dalam sebuah filem komedi seram terbaru yang bertajuk Nongkrong.

nongkrong

Akan memulakan tayangan pada 10 Mei ini (Khamis), Nongkrong bukanlah sebuah filem komedi seram yang biasa tanpa mesej. Namun perkara pertama yang anda perlu tahu ialah filem ini bukannya sambungan filem Ngangkung. Yang pasti, Abang Nara jamin gelak tawa sehingga boleh memecahkan usus kerana gabungan Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak dan Epy Raja Lawak sememangnya ada chemistry yang tersendiri.

Sambil korang bergelak tawa melihat filem Nongkrong nanti, jangan lupa ambil mesej yang ada di dalam filem ini. Setiap manusia memang nak berjaya dan jadi kaya dengan cepat, tapi kalau gunakan jalan yang tak diberkati, memang banyak masalah akan timbul. Yang penting usaha kena gigih, jujur dan ikhlas di dalam segala perbuatan kita. Tak gitu?

fyza

Dan anda pasti akan teruja dengan lakonan seorang pelakon baru iaitu Fyza Kadir. Fyza bergandingan dengan Mon Ryanti dan Liana Rafiai memegang watak 3 Puteri Paya Bakau. Abang Nara respek betul dengan make up artist ketiga-tiga pelakon ini. Muka 3 pelakon yang cun melecun ini terus ditransformnya sampai tak boleh dikenali langsung.

nongkrong

Dan jangan lupa, sempena dengan filem Nongkrong ini, ada peraduan yang sedang dijalan di Facebook David Teo. Pelbagai hadiah menarik seperti iPod Touch, Sony Walkman dan banyak lagi untuk dimenangi. Tunggu apa lagi? Sila ke Facebook David Teo untuk menyertai peraduan Nongkrong sekarang jugak.


56 responses to “Nongkrong, Filem Komedi Seram Penuh Mesej”

  1. Anonymous says:

    tak best langsung…walaupun aku dah tau filem nie xbest, tp tak tau lah kenapa aku g tengok gak..rugi tul..

  2. aha, akhirnya siap gak review filem ni dari kacamata orang yang bayar tiket…. jemput semua baca review di Kakiwayang.com….=)..

  3. cik tipah says:

    david teo kena cepat2 minta maaf untuk jernihkan keadaan.
    meminta maaf dan memberi kemaafan adalah jalan terbaik.
    tabarakallah=)

Loading...