NomNom!

Hiburan

NomNom!

Pada satu hari ketika Abang Nara sedang seronok melayari Facebook, tiba-tiba  seorang kawan baik Abang Nara menghantar mesej menerusi FB Chat. Mesejnya berbunyi begini “Oi cuba kau ushar video nie jap. Lepas tue kau bagitau aku sapa yang jadi maskot nie”.

Abang Nara dengan segeranya membuka link YouTube yang diberinya. Oh, video terbaru daripada Munchy’s rupanya. Nasib baik bulan puasa sudah berlalu jadi tak adalah Abang Nara terliur sangat. Kalau tak, mahu tercabar jugak iman di dada. Sambil menghirup Nescafe panas, Abang Nara kembali memfokus kepada si maskot di dalam video Munchy’s Snek NomNom ini.

Advertisement

nom

Tamat sahaja melihat, Abang Nara terus membalas mesej FB kawan Abang Nara. “Oi ini macam si Saiful Apek je yang jadi maskot nie. Kau tak rasa gitu ke?” kata Abang Nara kepadanya. Setelah menunggu selama 30 saat, kawan Abang Nara menjawab “Tue la. Aku pun rasa dia jugak”. Fuh~~ Hebat jugak Munchy’s nie berjaya dapatkan Apek untuk jadi maskot dia.

nom

Masa menonton video Munchy’s yang sangat kelakar ini, Abang Nara rasa macam kenal je si awek dalam video nie. Seperti pernah Abang Nara tengok tapi di mana ye? Fikir punya fikir, rupa-rupanya si awek nielah yang muncul dalam video di bawah nie. Sekarang dah jadi model iklan dah awek nie. Awesome!!!


Kini setiap hujung minggu semasa menonton bola, Abang Nara akan pastikan Munchy’s Snek NomNom ada di sisi untuk dimakan. Namun Abang Nara berdoa agar maskot Munchy’s tidak muncul secara tiba-tiba dan menampar diriku ini. Hehehe.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...