Pada satu hari ketika Abang Nara sedang seronok melayari Facebook, tiba-tiba seorang kawan baik Abang Nara menghantar mesej menerusi FB Chat. Mesejnya berbunyi begini “Oi cuba kau ushar video nie jap. Lepas tue kau bagitau aku sapa yang jadi maskot nieâ€.
Abang Nara dengan segeranya membuka link YouTube yang diberinya. Oh, video terbaru daripada Munchy’s rupanya. Nasib baik bulan puasa sudah berlalu jadi tak adalah Abang Nara terliur sangat. Kalau tak, mahu tercabar jugak iman di dada. Sambil menghirup Nescafe panas, Abang Nara kembali memfokus kepada si maskot di dalam video Munchy’s Snek NomNom ini.
Tamat sahaja melihat, Abang Nara terus membalas mesej FB kawan Abang Nara. “Oi ini macam si Saiful Apek je yang jadi maskot nie. Kau tak rasa gitu ke?†kata Abang Nara kepadanya. Setelah menunggu selama 30 saat, kawan Abang Nara menjawab “Tue la. Aku pun rasa dia jugak”. Fuh~~ Hebat jugak Munchy’s nie berjaya dapatkan Apek untuk jadi maskot dia.
Masa menonton video Munchy’s yang sangat kelakar ini, Abang Nara rasa macam kenal je si awek dalam video nie. Seperti pernah Abang Nara tengok tapi di mana ye? Fikir punya fikir, rupa-rupanya si awek nielah yang muncul dalam video di bawah nie. Sekarang dah jadi model iklan dah awek nie. Awesome!!!
Kini setiap hujung minggu semasa menonton bola, Abang Nara akan pastikan Munchy’s Snek NomNom ada di sisi untuk dimakan. Namun Abang Nara berdoa agar maskot Munchy’s tidak muncul secara tiba-tiba dan menampar diriku ini. Hehehe.