Nombor Telefon 18888888888 Dilelong pada Harga RM75.7 Juta Di China

Trending

Nombor Telefon 18888888888 Dilelong pada Harga RM75.7 Juta Di China

Di China, no telefon dengan digit 18888888888 dilelong pada harga 120 juta yuan (RM75.5 juta) yang menjadijkan lelongan itu sebagai lelongan no telefon paling tinggi di dunia.

Advertisement

Dalam bahasa Mandarin, digit lapan membawa maksud kemakmuran dan disifatkan sebagai nombor bertuah.

Nombor telefon itu kemudiannya didaftarkan di bawah sebuah syarikat China yang berada di Shantou, namun masih tidak diketahui siapa pemilik nombor berkenaan.

Pengguna telefon di negara itu sanggup membayar lebih untuk nombor telefon dengan angka berulang, nombor yang memiliki makna tertentu (misalnya tarikh lahir) atau nombor yang memaparkan angka enam atau lapan.

Bagi penduduk negara itu, nombor enam dan lapan dianggap bertuah.

Nombor telefon bertuah boleh mencecah harga puluhan ribu dolar di China namun nombor 18888888888 direkodkan sebagai nombor paling mahal pernah dilelong.

Hasil lelongan itu akan didermakan kepada badan kebajikan.

Sumber: StraitsTimes

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...