Biasanya, ramai orang menggunakan pasar dalam talian untuk menjual telefon terpakai. Ini kerana nilainya tidak begitu susut berbanding jika dijual ke kedai, yang biasanya hanya akan membeli telefon terpakai dengan separuh harga walaupun telefon itu baru dibeli sebulan.
Disebabkan itu, seorang pengguna Twitter cuba untuk menjual telefonnya menggunakan sebuah portal jualan yang terkenal. Dia mendapat seorang pembeli berpotensi dan pembeli tersebut telah membayar harga telefon berjumlah RM 2,000 menggunakan wang tunai.
Malang sekali, pembeli tersebut menggunakan wang palsu.
“Kualiti duit palsu sekarang nak sama macam duit sebenar.”
Sebenarnya penipuan memang kerap berlaku dalam transaksi jualan di portal yang tidak menggunakan cara pembayaran yang selamat. Namun ini satu perkara lain sama sekali kerana ia bukan saja melibatkan penipuan pembelian, malah dikelaskan sebagai jenayah komersil kerana pembelian dibuat menggunakan duit palsu.
Diharap penjenayah tersebut akan ditangkap secepat mungkin. – amazingnara.com