Di platform TikTok, kini video seorang bayi yang bernama Gibran sering tular di platform tersebut susulan kecomelannya yang membuatkan ramai ‘geram’ hinggakan restoran milik bapanya bernama Abang Chaq menjadi tumpuan kerana ramai ingin berjumpa dengan bayi tersebut.
Status perkahwinan Abi dan ibu Gibran terjawab..
Namun begitu, baru-baru ini, Abang Chaq atau mesra dipanggil sebagai Abi ada membuat pendedahan mengenai status rumah tangga dengan ibu Gibran yang membuatkan warganet berasa terkejut.
Rupanya, perkahwinan yang dibina itu sudah pun berakhir secara rasmi sejak bulan November tahun lalu selepas kelahiran Gibran.
Abi dan ibu memang sudah tiada apa-apa.. Habis iddah itu awal bulan 11.
@abangchaq00Assalamualaikum, abie minta maaf. Banyak panggilan dan chat masuk tanpa henti. Terima kasih yang bagi semangat, teguran dan nasihat.♬ original sound – Abang ChaQ 00
Sudah berkahwin dengan wanita lain, bukan penyondol
Dalam pada itu, satu lagi hal mengejutkan telah didedahkan oleh Abi iaitu mengenai dirinya berkahwin sekali lagi dengan wanita lain yang juga menetap di Pulau Pinang.
Nombor dua tu dia tak ganggu. Tak ada kena mengena nombor dua tiba-tiba duk bercinta belakang ke, atau benda-benda tak baik. Tak ada. Abi cuma cakap, Abi nak kahwin dengan hang.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa serta sebak dengan pendedahan peniaga restoran itu, sekaligus menjawab tanda tanya orang ramai yang jarang melihat Abi dan ibu Gibran bersama.