Nokia Perkenalkan Model Telefon Selular Dengan Bateri Tahan Sehingga 22 Hari

Teknologi

Nokia Perkenalkan Model Telefon Selular Dengan Bateri Tahan Sehingga 22 Hari

Jenama telefon bimbit ini pernah menjadi kegilaan setiap orang satu ketika dahulu. Walaupun kini jenama ini tidak lagi menjadi pilihan utama orang ramai, Nokia masih giat mengeluarkan beberapa model terbaru.

Bagi golongan minoriti yang masih menggunakan telefon selular dengan fungsi asas, Nokia 150 dan Nokia 125 baru sahaja dilancarkan. Kedua-dua model ini menggunakan sistem operasi Series 30+.

Advertisement

Nokia 150

Nokia 150

Model ini dibina dengan skrin 2.4 inci, dipasang butang kawalan serta nombor fizikal dan sebuah kamera VGA lengkap bersama flash. Telefon ini turut terdapat sokongan menambah storan melalui kad mikroSD sehingga 32GB. Terdapat pemain MPS 3 yang terbina beserta sokongan radio FM yang tidak memerlukan sokongan fon telinga.

Berdasarkan Bluetooth 3.0, fail dapat dikongsi di antara peranti tetapi tidak disokong sekiranya terdapat tambatan aksesori audio. Bateri Nokia 150 ini mampu bertahan sehingga 23.4 jam dan boleh membuat panggilan telefon sehingga 20 jam lamanya.

Nokia 125

Nokia 125

Model ini juga mempunyai spesifikasi yang hampir setara dengan Nokia 150. Perbezaan pada model ini tiada kamera yang dipasang. Storan dalaman yang dibina mampu menyimpan sehingga 2000 nombor dan 500 khidmat pesanan ringkas.

Kedua-dua model telefon ini dikatakan mempunyai bateri yang tahan sehingga 22 hari atau lebih bergantung kepada tahap penggunaan. Individu yang ingin menggunakan telefon bimbit sebagai kegunaan minima telefon model Nokia ini sangat sesuai untuk dimiliki.

Nokia 150

Nokia 150 mula ditawarkan pada harga sekitar RM126 dan hadir dalam tiga warna berbeza iaitu hitam, biru dan merah. Manakala Nokia 125 pula ditawarkan pada harga bermula RM104 dan hanya hadir dalam dua warna sahaja iaitu hitam dan putih.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...