Nokia 3.2 Kini Di Malaysia Berharga RM499

Teknologi

Nokia 3.2 Kini Di Malaysia Berharga RM499

Anda masih ingat telefon bimbit yang menjadi kegemaran orang ramai satu ketika dulu, Nokia 3310?

Tampil dengan warna biru berani dan tebal, Nokia 3310 boleh dikatakan antara telefon bimbit yang sangat lasak dan tahan lama.

Advertisement

Bukan setakat itu, Nokia 3310 juga sangat dikenali dengan permainan Snake yang menjadi kegemaran setiap penggunanya. Seronok kan?

Hari ini Nokia yang dibawah naugan HMD Global  telah membawa masuk satu lagi telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Nokia 3.2.

Menurut Amanz, telefon pintar ini ia dilihat memfokuskan penawaran skrin besar bersama-sama masa penggunaan bateri yang lama.

Nokia 3.2 hadir dengan skrin 6.26-inci HD+, dijana cip Snapdragon 429, memori 3GB RAM, dan storan 32GB. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh – dikatakan mampu menawarkan masa penggunaan selama 2 hari lamanya.

Bagi rakaman gambar, Nokia 3.2 menggunakan kamera belakang 13-megapixel, selain kamera swafoto 5-megapixel yang turut menyokong nyah-kunci berasaskan wajah. Melengkapkan peranti ini juga adalah sokongan radio FM bersama dengannya.

Bagi anda yang berminat mendapatkan telefon pintar Nokia 3.2 ini, ia boleh didapati pada harga RM499 melalui pengedar rasmi HMD Global seluruh negara.

Anda sebagai pengguna setia Nokia, jom beli keluaran baru yang kini terdapat di Malaysia.

Sumber: Amanz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...