Noh Salleh Dan Isteri Timang Cahaya Mata Pertama, Beri Nama Tara Svara – “Segalanya Sempurna..”

Hiburan

Noh Salleh Dan Isteri Timang Cahaya Mata Pertama, Beri Nama Tara Svara – “Segalanya Sempurna..”

Penyanyi Noh Salleh berkongsi berita gembira apabila isterinya, Fatin Athira Mustapa, selamat melahirkan anak sulung mereka pada 21 November lalu. Perkhabaran itu diumumkan sendiri oleh Noh menerusi satu hantaran penuh syukur di Instagram pada awal pagi Rabu.

Noh meluahkan bahawa perjalanan mereka menanti cahaya mata bukanlah mudah, namun segala ujian yang dilalui membuatkan mereka sedar bahawa segala ketentuan adalah milik Allah.

Advertisement

“Ia memerlukan kami mengharungi pelbagai ujian yang dasyat untuk menyedari bahwa hanya ALLAH Yang Maha Esa yang menentukan masa yang sempurna untuk sesuatu dituliskan menjadi milik kita. Tidak lambat, tidak terlalu cepat, Perfect,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Noh turut memuat naik beberapa foto momen indah menyambut kelahiran puteri pertama mereka. Menurutnya, proses kelahiran berjalan sangat lancar dan penuh emosi, dikelilingi sokongan keluarga dan rakan terdekat.

Pada tanggal 21st November isteri saya telah melahirkan anak kami yang pertama. Seorang anak perempuan yang sihat dan sangat cantik.
Berkat doa restu orang tua, keluarga, sahabat dan anda semua, proses kelahiran sangat lancar dan meriah kerana ditemani pelukan ciuman dan sorakan.

Pasangan itu menamakan puteri mereka Tara Svara, yang sekaligus menjadi permulaan fasa baharu buat Noh dan Athira sebagai ibu bapa.

Sebuah fasa baru untuk kami dan mohon kalian doakan journey sebagai PARENTS ini sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Doakan Aku, Athira dan TARA SVARA.

Perkongsian tersebut segera dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat yang tumpang gembira atas kelahiran si kecil itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-25 19:41:53

Ibu Shila Amzah Kongsi Detik Perkenalan Dengan Suami Baru - "Dia Ajak Kahwin Lepas Sebulan Kenal.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...