Noh Hujan Terharu Dengan Perubahan Mizz Nina

Hiburan

Noh Hujan Terharu Dengan Perubahan Mizz Nina

Hati suami mana yang tidak terharu, gembira, bersyukur dan bangga apabila melihat si isteri berubah ke arah kebaikan. Pastinya Noh Hujan ialah orang yang paling gembira apabila Mizz Nina mengambil keputusan untuk bertudung baru-baru ini. Selaku ketua keluarga, keputusan Mizz Nina itu sedikit sebanyak menunjukkan Noh membimbing isterinya dengan cara yang betul.

mizz nina dan noh salleh

Advertisement

Apa yang lebih menarik ialah, Noh tidak pernah memaksa isterinya untuk berubah secara terus. Senang cerita, kesedaran itu datang daripada diri Mizz Nina sendiri. Kata Noh:-

Dia tidak pernah beritahu saya tentang dia ingin berhijrah atau bertudung. Itu antara dia dengan Allah dan semua yang dilakukan adalah atas kehendak dirinya sendiri.

Pilihan ini atas kemahuan dia sendiri bukan dipaksa atau terpaksa. Saya bersyukur dan gembira dengan perubahan itu.

Dia tahu apa yang dia lakukan dan sebagai suami sudha tentu saya menyokong apa yang dia buat jika perkara tersebut ke arah kebaikan kami berdua.

Baru-baru ini dia ada mendaftarkan kami untuk kelas mengaji Al-Quran dan ada ketikanya dia meminta saya membaca Al-Quran selepas solat. Perkara-perkara yang dia lakukan itu membuatkan saya terharu

mizz nina tudung

Abang Nara pun rasa terharu membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh Noh. Semoga mereka berdua akan bertambah bahagia selepas perubahan ini. Sama-samalah kita doakan agar mereka cepat-cepat dikurniakan cahaya mata untuk menambahkan lagi ikatan kemesraan yang sedang terjalin sekarang. Amin~~

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...