“No More Cik B..” Enggan Dikaitkan Lagi Dengan Anak Dato’ Seri Vida, Aniq Suhair Mahu Fokus Kerjaya

Hiburan

“No More Cik B..” Enggan Dikaitkan Lagi Dengan Anak Dato’ Seri Vida, Aniq Suhair Mahu Fokus Kerjaya

Pelakon baru yang mula mendapat perhatian, Aniq Suhair menegaskan bahawa dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Cik B.

Aniq SuhairSumber : Instagram Aniq Suhair  

Aniq yang merupakan kelahiran program Hero Remaja 2020 ini turut meminta orang ramai agar ‘menutup buku dan cerita’ yang mengaitkan antara mereka berdua meskipun masih berkawan rapat dengan figura itu.

Advertisement

Tambahnya, dia kini hanya mahu fokus kepada kerjaya memandangkan tahun baru sahaja bermula. Malah, jadual berlakon dan kerjaya seninya agak padat dan tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana wanita dalam hidupnya.

View this post on Instagram

A post shared by ANIQ SUHAIR (@aniqshr)

“Sekarang dah tahun baharu 2021 pun, jadi kiranya cerita saya dengan Vik B itu, dah boleh tutuplah. No more Cik B lagi. Saya ketika ini nak tumpu pada kerjaya seni sahaja kerana jadual berlakon pun padat sangat. Masa berehat saya, hanya sehari dan selebihnya bekerja. Jadi pasal perempuan ke, bercinta, saya nak ketepikan dahulu.”

Mengimbas kembali, nama Aniq dan Cik B mula menjadi tular apabila mereka berdua berkongsikan foto mesra di laman media sosial masing-masing dalam rangka promosi drama Lelaki Lingkungan Cinta yang sebelum ini bersiaran di saluran TV3.

View this post on Instagram

A post shared by ANIQ SUHAIR (@aniqshr)

Dia yang dipadankan dengan usahawan muda itu sebagai pasangan kekasih yang akhirnya berkahwin, mengakui kisah percintaan yang tular itu hanya dicipta untuk tujuan promosi dan suka-suka.

“Dia gadis bawah umur kot. Cukup-cukuplah dengan dakwaan negatif yang dilemparkan kepada saya selepas kisah dengan Cik B itu hangat. Bagi saya, kami hanya berurusan atass dasar kerja sahaja.”- Aniq Suhair

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...