May 16th, 2017

ABPBH 3.0 sudah pun melabuhkan tirainya pada hari Ahad lepas, namun sehingga hari ini netizen masih lagi memberikan pelbagai kritikan mengenai anugerah tersebut.

Antara yang menjadi bualan netizen ialah persembahan Datuk Siti Nurhaliza yang pada mereka kurang memuaskan.  Menurut netizen, ketika Datuk Siti menyampaikan lagu Segala Perasaan, ada bahagian yang agak “terkucil”  ketika nada tinggi. Mula lah ada yang mengecam Datuk Siti atas kesilapaan tersebut kerana beliau adalah penyanyi yang cukup berpengalaman.

Walaupun menerima pelbagai kritikan, Datuk Siti tidak cepat melatah dan meminta agar peminatnya bertenang. Menerusi akaun Instagramnya, beliau ada memberikan respon mengenai isu ini.

Manusia biasa tidak mampu lari dari kesilapan bukan? Biarpun Datuk Siti penyanyi nombor satu negara, tidak bermakna beliau harus sempurna setiap masa. Apa-apa pun, beliau tetap penyanyi terbaik di Malaysia. Hehe

Kredit Foto : RZ.WORKS


Comments are closed.

Loading...