NJOI, TV Satelit Malaysia Percuma Pertama Daripada Astro

Hiburan

NJOI, TV Satelit Malaysia Percuma Pertama Daripada Astro

Astro mengumumkan pelancaran NJOI, TV Satelit Malaysia Percuma Pertama untuk dikongsi dan dinikmati oleh semua orang hari ini. NJOI ialah sebahagian daripada aspirasi Astro untuk menjadikan pembelajaran sepanjang hayat, informasi, hiburan serta sukan boleh didapati secara percuma untuk semua orang di Malaysia.

njoi

Advertisement

Pelancaran NJOI  memperlihatkan Astro dalam mengotakan janjinya untuk  merapatkan jurang digital di Malaysia. NJOI akan diperkenalkan melalui tiga fasa. Dalam fasa pertama, Astro merancang untuk mengagihkan 50,000 set dekoder NJOI dan piring satelit kepada penerima yang disenaraikan dalam pangkalan data program eKasih. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat Astro dalam mewujudkan impak sosial dengan memberikan akses percuma kepada pendidikan, informasi, hiburan dan sukan kepada komuniti berpendapatan rendah, badan-badan sosial serta kebajikan termasuk rumah-rumah di kawasan yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan TV dan radio. Jumlah pelaburan bagi melunaskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang meliputi kos set top box, piring satelit dan kandungan program dianggarkan menelan belanja kira-kira RM500 sepanjang tempoh lima tahun akan datang.

njoi

Dalam fasa kedua, perkhidmatan NJOI akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2012, yang membolehkan para pelanggan untuk membeli set dekoder dan piring satelit dengan hanya satu bayaran, membuat pemasangan dan terus menikmati 37 saluran TV dan radio yang terdiri daripada kandungan pembelajaran sepanjang hayat, informasi dan hiburan termasuk sukan secara percuma, tanpa yuran langganan.

njoi

Advertisement

Dalam fasa ketiga pula, para pelanggan diberi pilihan untuk membeli program-program tambahan yang diminati dari senarai menu yang menarik melalui mekanisma pra-bayar yang boleh didapati pada pertengahan tahun 2012.

njoi

Saluran-saluran Astro yang termasuk dalam NJOI akan meliputi saluran pendidikan yang berkualiti seperti Astro Tutor TV UPSR, PMR dan SPM. Astro Vaanavil juga turut menawarkan segmen pendidikan khas seperti program UPSR Neram, Manavar Mulakkam Science Capsule dan Thirumbi Parkalam. Selain itu, saluran hiburan informasi yang boleh didapati dalam NJOI adalah seperti Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Astro AEC, Jia Yu, Astro Xiao Tai Yang (akan datang),  Makkal TV, CCTV4, Bernama TV, iView, iMus, TVi, TV1, TV2 dan  19 stesen radio.

njoi

NJOI membolehkan orang ramai untuk mengakses kepada kandungan yang memperkayakan – informasi yang terbaik, hiburan, sukan dan pembelajaran sepanjang hayat  selaras dengan usaha Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan. Astro akan terus melabur dalam melahirkan bakat-bakat, kreativiti dan teknologi dan berhasrat untuk menyediakan kandungan yang berharga yang memberikan kelebihan memilih kepada para pelanggannya mengikut keperluan, keutamaan dan bajet masing-masing.

njoi

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati TV satelit percuma melalui perkhidmatan terbaru Astro – Njoi, perkhidmatan TV satelit percuma tanpa langganan yang boleh didapati dari pengedar-pengedar sah Njoi di seluruh Malaysia. Dapatkan NJOI, yang terdiri dari sebuah dekoder, satu unit piring satelit luar-rumah (ODU), kad pintar dan satu unit alat kawalan jauh dengan hanya sekali pembayaran pada harga RM288, dan RM100 untuk pemasangan, yang memberikan akses kepada 18 saluran TV dan 19 saluran radio dengan serta-merta tanpa pembayaran untuk langganan bulanan dan tanpa kontrak perjanjian.

njoi

Untuk keterangan lanjut tentang perkhidmatan NJOI, sila layari www.astro.com.my atau telefon 03-9543 8100.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

40 Comments

  1. orang johor

    July 16, 2012 at 9:50 am

    kalau korang dah TAK MAMPU NAK BAYAR ASTRO,
    janganlah menyalak mcm anjing kurap.
    Ko ingat saltelit/gaji pekerja/operasi astro PERCUMA ker?
    mangkuk hayun, kalau tak mampu, nak jimat abis, buatlah
    cara tak mampu, pasang arial tulang ikan la ngok.
    Pok pek pok pek sini, mcm lah mak bapak korang
    yang berniaga astro.
    Sengal!

  2. rogayah

    March 7, 2012 at 3:13 pm

    weih, cuba kau tengok betol2, kalau campor tolak campor tolak channel cina, tamil, yg kita biasa x tengok aku rasa ada kurg dari lima je nyah. haa, tv1, tv2, prima, oasis dll. alaahh, radio tuu guna hanphone bodoh pun ada. ni pun nak harga hampir rm 300? bijaakkk engkau astroo ye…

  3. Rin

    March 7, 2012 at 2:59 am

    NJOI tu bkn utk korg la yg kaya raya lg hartawan …, wlponnnn`~~~~kan
    tiap2 bulan missed gak byr bill astro.

    njoi ni lbih kpd kbajikan , cth nya kpd golongan yg kurg bkmampuan, asrama anak2 yatim, rmh org2 tua, klinik desa, perpustakaan desa… blablablaa….
    org yg brada di pdalaman mmg mmrlukan nya drpd nak mharap aerial atas bumbung yg signal nya hidup segan mati x mahu tu.

    • Anonymous

      March 8, 2012 at 6:09 am

      aerial,piring,decoder bukan kena bayar ker?beratus2 juga tu…

  4. mimi

    March 6, 2012 at 7:25 pm

    abg nara, biar betul RM 500 kos utk lima tahun akan datang? RM 500???

    • nara mmg kuat typo

      March 7, 2012 at 12:40 am

      500 juta la tu gamaknye..aritu bini mawi besalin ditulisnye Asmawi Atan.

    • sarah_nina

      March 7, 2012 at 1:06 am

      itulah pasal.. aku pun heran.. biar benar kos perbelanjaan semua RM500..Murah betul…piring satelit apa yg dia guna tu…piring plastik kot,…hehehe

  5. nagato

    March 6, 2012 at 4:37 pm

    xreti bersyukur ker mungkin lah org yg berkemampuan macam kita cakap ahhh x best lah ,layan unifilah apelah……bla bla bla….. tapi bagi kebanyakan org terutamanya yg pendapatan rendah …ni dah kira bagus dah ni apelarrrr

    • hoopla

      March 7, 2012 at 8:55 am

      bukan xreti bersyukur. tp tgk la, channel media prima (8tv, ntv7, tv9) pun xde. padahal sah2 channels tu free. so mcm ada udang di sebalik batu.
      so in a way ni dah mcm mengenakan ibarat “hah, nk percuma sgt, hamek kau”

Loading...